KUALA LUMPUR: Adalah salah bagi pengkritik mendakwa bahawa lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi baru-baru ini tidak berhasil hanya kerana beliau tidak bertemu Raja Salman Abdul Aziz Al-Saud dan Putera Mahkota Mohammed bin Salman, kata penganalisis.
Pensyarah Kanan Pusat Perdana, Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali berkata kunjungan perdana menteri ke negara itu selama tiga hari baru-baru ini adalah atas jemputan pemimpin tertinggi Arab Saudi itu sendiri.
"Kalau tuduhan mengatakan Raja Salman dan Putera Mahkota seperti tidak mengalu-alukan Anwar, kenapa Anwar mendapat undangan? Dan lawatan itu mendapat komitmen sepenuhnya daripada konglomerat Saudi.
"Ini menunjukkan walaupun tak bertemu dengan Raja Saudi dan Putera Mahkota, bukanlah bermaksud Anwar tak direstui dan sebagainya.
"Tetapi disebabkan situasi tentatif menyebabkan pertemuan itu tidak dapat dilakukan," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata sebagai Penjaga Dua Kota Suci umat Islam, adalah perkara biasa apabila terdapat perubahan pada jadual Raja Salman terutamanya apabila memasuki bulan Ramadan.
Perkara itu juga katanya telah dijelaskan sendiri oleh Perdana Menteri yang memberitahu beliau diminta untuk melanjutkan keberadaannya di Arab Saudi, namun tidak dapat berbuat demikian disebabkan komitmen lain serta jadual yang ketat.
"Raja Saudi ini biasa begitu, bila masuk musim Ramadan dia ada perubahan yang ada kaitan dengan tatacara mereka.
"Dan mereka minta supaya Perdana Menteri melanjutkan lagi dua hari. Tetapi oleh kerana Perdana Menteri ada jadual ketat termasuk bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong dan akan berlepas ke Kemboja, jadi beliau tak dapat," katanya.
Pendapatnya itu disokong Profesor Politik dan Hubungan Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani yang berkata pembatalan atau penangguhan jadual lawatan adalah perkara biasa sekiranya terdapat keadaan yang memaksa perubahan jadual di saat akhir.
Beliau berkata kemungkinan terdapat perkara yang lebih perlu diberikan perhatian berkaitan negara sehingga terpaksa membatalkan pertemuan dengan Anwar selain masa lawatan yang singkat selama tiga hari.
"Kalau tidak jumpa, itu isu biasa berlaku sekiranya ada keadaan-keadaan yang memaksa perubahan jadual di saat akhir, kalau ada hal-hal kecemasan, kadang-kadang benda ini di luar jangkaan yang agak sukar untuk kita jangka," katanya.
Mohd Azizuddin berkata lawatan tersebut tidak boleh dilabel sebagai lawatan yang gagal kerana sekiranya dilihat dari segi pihak Arab Saudi menyambut ketibaan Anwar, ia merupakan sambutan rasmi diiringi oleh para tentera.
"Oleh itu, Perdana Menteri diminta lanjutkan lagi dua hari untuk melengkapkan perjumpaan, tetapi beliau ada jadual yang padat sebab perlu ke Kemboja dan China," katanya.
Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff dalam satu kenyataan pula berkata walaupun tidak sempat bertemu dengan pemimpin tertinggi negara itu, Anwar tetap mencatat kejayaan termasuk dari segi ekonomi.
Beliau turut mempersoalkan apakah yang dimaksudkan gagal oleh pembangkang yang mengkritik lawatan tersebut.
"Adakah ia tidak berjaya hanya kerana Anwar tidak dapat berjumpa dengan Raja Salman dan Putera Mahkota atau ada hujah lain yang lebih substantif? Dalam hal ini, Perdana Menteri telah menjelaskan sebabnya," katanya.
Sementara itu Penganalisis Keselamatan dan Politik, Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Noor Nirwandy Mat Noordin berkata lawatan tersebut adalah berjaya kerana telah membuka satu bentuk dasar hubungan dengan negara Arab Saudi.
"Kejayaan itu kerana Perdana Menteri telah membentuk satu hubungan diplomasi luar perhubungan awam yang lebih baik dengan kuasa strategik dunia ataupun perhubungan elemen geostrategik di timur tengah seperti Arab Saudi iaitu sebuah kepimpinan kuasa yang diiktiraf di rantau tersebut," katanya.
Selain itu, beliau berkata kerjasama perhubungan diplomasi tersebut turut terkandung dalam aspek teras keselamatan negara yang kesembilan iaitu mendapat pengiktirafan antarabangsa yang menjadi penting untuk mewujudkan satu bentuk keyakinan dan diplomasi perhubungan awam.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 27 2023
Anwar dan delegasi selepas mengakhiri lawatan rasmi tiga hari ke Arab Saudi. -Facebook Anwar Ibrahim
Tiga warga Bangladesh dipercayai dalang utama sindiket pemerdagangan manusia ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan tiga lelaki dan seorang wanita warga Bangladesh dipercayai menjadi dalang utama sindiket pemerdagangan manusia yang berpusat di ibu negara.
AWANI 7:45 [14/12/2024] – Kecuaian kritikal | Laporan lengkap minggu depan | Tengku Zafrul belum jumpa
Laporan berita padat dan ringkas AWANI 745 bersama Luqman Hariz
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
AWANI Ringkas: Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 Disember 2024
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
Agenda AWANI Asia: Pemeliharaan Warisan Budaya Tidak Ketara
Apakah usaha signifikan melindungi warisan budaya tidak ketara? Bagaimana jaringan kerjasama dapat dilakukan demi meningkatkan kesedaran untuk memelihara warisan budaya serantau? Ikuti diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Batu Puteh: 'Saya tak pernah berdendam dengan Tun M, tapi ini soal wilayah' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
PM Anwar ucap tahniah kepada skuad FAM eRimau, Ahmad Muhaimin
Dalam aksi final semalam, skuad FAM eRimau mencipta sejarah apabila menjuarai kejohanan itu selepas menewaskan Maghribi 2-0.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Kadar subsidi FLYsiswa naik kepada RM400 bermula Januari 2025 - PM Anwar
Kerajaan bersetuju menaikkan RM100 kadar bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan menerusi FLYsiswa kepada RM400 seorang bermula 1 Januari 2025.
RCI Batu Puteh: Anwar serah kepada Ahli Parlimen untuk bincang
Laporan RCI mengesyorkan siasatan jenayah terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengikut Seksyen 415(b), 417, dan 418 Kanun Keseksaan.
PM Anwar ingatkan AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kerangka digital dulu permulaan, kini kemestian - PM
Katanya, ketika menerajui Kementerian Kewangan lebih 20 tahun lalu, industri pendigitalan hanya dianggap satu permulaan dan bukan kemestian.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM Anwar terima kunjungan Menteri Luar Denmark
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Menteri Luar Denmark Lars Lokke Rasmussen di Bangunan Parlimen.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).