awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak turun padang bantu mangsa banjir, Abang Viva jawab tanda tanya

Gempak
Gempak
19/12/2022
10:49 MYT
Tidak turun padang bantu mangsa banjir, Abang Viva jawab tanda tanya
Azwan Omar atau popular dengan panggilan Abang Viva menjelaskan, orang ramai tidak seharusnya mempertikaikan ketiadaannya di musim banjit untuk membantu mangsa kerana kerja-kerja yang dilakukannya sebelum ini hanyalah secara sukarela.
SEMASA musibah banjir melanda beberapa negeri di Malaysia tahun lalu, nama Abang Viva begitu dekat dengan masyarakat setempat.
Hanya menggunakan kenderaan jenis Perodua Viva, pemilik nama sebenar, Azwan Omar itu sanggup turun ke negeri-negeri yang terkesan dan secara sukarela membantu mereka mangsa-mangsa terlibat.
Hal ini tidak hanya meringankan beban mangsa, malah namanya sebagai sukarelawan turut menjadi sorotan baik dalam kalangan netizen mahupun media.
Begitupun, menerusi sepotong video yang dipercayai rakaman siaran langsung yang diterbitkan oleh isterinya, Abang Viva meluahkan perasaan mengenai respons terhadap situasi banjir yang kini kembali melanda negara.
“Banjir je saya sampai, banjir je sampai. Itu saya. Tapi masalahnya modal kita orang sendiri. Hari itu ke Kelantan, Terengganu pun, saya seorang je habis hampir RM1,000. Untuk minyak dan tol sahaja. Makan lain… Korang rasa?
“Kalau saya ni ada elaun tak apa. Masalahnya kena fikir juga, saya dah kahwin, ada anak bini. Saya ni sukarelawan, bukannya kerja tetap saya. Jadi orang tak boleh pertikaikan saya turun ke tidak,” katanya.
Meninjau ruangan komen, ramai yang memberi respons positif dan memahami situasi yang dialami oleh Abang Viva.
Dalam pada itu, ada juga yang meminta untuk tidak menyalahkan Abang Viva memandangkan kenyataan yang diberi adalah berdasarkan pertanyaan orang ramai.
* Artikel asal disiarkan di Gempak.
Topic Berkaitan
#abang viva
#banjir
#Perodua Viva
#bantu mangsa banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan