KUALA LUMPUR: Cadangan mencalonkan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai tapak warisan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco), tidak wajar untuk dijadikan sebagai isu perkauman, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
Beliau berkata perkara itu yang masih berada di peringkat cadangan adalah tidak 'sihat' untuk dimainkan sebagai isu, kerana dilihat sebagai satu perkara yang tidak memberikan sebarang manfaat kepada keharmonian masyarakat dalam negara yang berbilang kaum.
"... kita tengok (cadangan pewartaan) tidaklah semua, tetapi kalau ada kampung yang sudah berusia ratusan tahun sudah pasti kita akan mewartakan, seperti mana kita wartakan Geopark Hulu Langat dan sebahagian daripada kawasan Gombak-Hulu Langat Geopark itu, termasuk juga kawasan kampung-kampung Melayu.
"... kalau kita tengok Geopark, termasuk di dalam jajarannya ialah Kampung Kuang, Kampung Kundang, termasuk di kawasan Selayang, Batu Caves dan beberapa kawasan lagi, termasuk juga Kampung Kemensah itu semua digazet di bawah Geopark kebangsaan dan langkah seterusnya ialah menjadi warisan UNESCO.
"... itu semua telah dilakukan lama sebelum ini, tetapi ia tidak dilihat sebagai satu benda yang bermanfaat, sebab dalam fikiran mereka apa isu yang boleh gunakan untuk kepentingan politik jangka pendek, yang tidak membawa manfaat kepada keharmonian dan kestabilan kaum dalam negara," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media bagi mengulas kenyataan Ahli Parlimen Perikatan Nasional Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal yang mempersoalkan cadangan berkenaan.
Sebelum ini media melaporkan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming sedang merangka rancangan untuk mencalonkan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco, bagi mengiktiraf kepentingan budaya dan sejarah penempatan itu.
Sementara itu, mengulas mengenai titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah agar 50 peratus ahli Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) dianggotai golongan profesional Amirudin berkata pihaknya akan bekerja keras bagi memastikan perkara itu dapat dicapai.
"Kita akan kerja keras untuk memenuhi harapan dizahirkan oleh Tuanku, pada masa yang sama, kita juga menetapkan sekarang ini supaya sebahagian besar pada peringkat awal cuba mencapai 50 peratus perwakilan merupakan graduan diploma dan lebih tinggi," katanya.
Pada majlis hari ini beliau menyaksikan majlis menandatangai Memorandum Persefahaman (MoU) antara Celcom-Digi Bhd dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), selain turut melancarkan Pusat Konvensyen MPAJ dan Pelancaran Warden lalu lintas MPAJ.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 06 2024
Amirudin berkata perkara itu masih berada di peringkat cadangan dan adalah tidak 'sihat' untuk dimainkan sebagai isu. - Gambar fail
Baling bom petrol di pusat hiburan: Dua lagi lelaki didakwa
Dua lelaki mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan khianat dengan membaling bom petrol di sebuah pusat hiburan di ibu kota.
12 terbunuh dipanah petir di Bengal Barat, India
Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan beberapa lagi mangsa cedera pada Khamis akibat dipanah petir di Bengal Barat, di timur India.
MyCEB lebar luas rangkaian dengan para pemain acara perniagaan di IMEX Frankfurt
Penyertaan tahun ini tepat pada masanya ketika MyCEB, agensi di bawah MOTAC, menggembleng usaha mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Ambil tindakan tegas ke atas pihak lakukan kekacauan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak yang cuba melakukan kekacauan di Malaysia sehingga meragut nyawa.
ABIM gesa rakyat bertenang, serahkan siasatan kepada PDRM
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pihak berkuasa berkaitan.
Keganasan terhadap pegawai polis, satu tindakan mengerikan
Membunuh, menyebabkan kecederaan yang teruk dan pencerobohan serta keganasan terhadap pegawai polis di balai polis adalah satu tindakan mengerikan dan kejam.
MEASAT, mudah Healthtech wujud Kiosk telekesihatan pertama
Melalui platform Sihat Xpress, penduduk kampung boleh menggunakan kiosk telekesihatan untuk memeriksa tahap oksigen, tekanan darah, suhu badan dan kandungan gula dalam darah, selain berunding dengan doktor secara dalam talian.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: KPN zahir ucapan takziah kepada keluarga mangsa
Ketua Polis Negara menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga dua anggota polis yang maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram pagi tadi.
AWANI Ringkas: Siasatan termasuk bedah siasat | 47 penerbangan mendarat di Madinah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Wanita warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah dilanda banjir
Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah yang dilanda banjir di Kampung Temerlok, Trong dekat Taiping, pagi tadi.
Kampung Baru Cina: Cerita sudah tutup, Kor Ming enggan panjangkan isu
Kor Ming berkata, perkara itu dikhuatiri akan menimbulkan lebih banyak polemik dan salah tafsir oleh pelbagai pihak.
Kampung Baru Cina: Kor Ming ajak UMNO bincang
Menurut beliau, pertemuan itu bagi menjelaskan fakta sebenar berhubung cadangannya itu.
'DAP jangan guris hati orang Melayu' - Ahmad Maslan
Pimpinan utama parti dalam Kerajaan Perpaduan diminta lebih berhati-hati ketika mengeluarkan kenyataan kerana dikhuatiri boleh menyinggung perasaan orang Melayu dan Bumiputera.
Juara Piala Asia: Jika diberi pilihan, anda pilih Qatar atau Jordan?
Sekiranya diberikan pilihan, pasukan manakah pilihan anda untuk menjulang Piala Asia 2023, Jordan atau Qatar?
Tiada keperluan wujudkan Kampung Baru Cina sebagai tapak UNESCO - Mohamad Hasan
Perkara itu bukan mudah untuk dilaksanakan dan ia perlu dibawa ke Jemaah Kabinet.
Kampung Baru Cina: UMNO tolak cadangan Nga Kor Ming
Tegas Asyraf Wajdi, ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf hanya bumiputera sebagai penduduk asal dengan hak keistimewaan tertentu.
Calon Kampung Baru Cina tapak Unesco bukan 'zero-sum game' - Kor Ming
Nga Kor Ming berkata, ia bukanlah bermaksud pihaknya mengamalkan 'zero-sum game' atau memberi semua kelebihan kepada satu pihak sahaja.
Tidak wajar jadikan cadangan Kampung Baru Cina tapak Unesco isu perkauman - MB Selangor
Cadangan mencalonkan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai tapak warisan Unesco tidak wajar untuk dijadikan sebagai isu perkauman.
13 rumah di Kampung Baru Cina Benta musnah dalam kebakaran
Kebakaran dipercayai berlaku sekitar 1.05 pagi dan bomba berjaya mengawal api kira-kira sejam 30 minit kemudian.
SPRM terima senarai nama bakal calon PRU untuk disaring
SPRM menerima senarai nama calon daripada beberapa parti politik yang bakal bertanding pada PRU14, kata Ketua Pesuruhjayanya Tan Sri Dzulkifli Ahmad.