awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar-Erdogan bakal pengerusikan mesyuarat HLCS di Ankara
Keputusan rundingan Terengganu-Felda positif - SUK
KKM sasar haram vape tahun ini - Dzulkefly
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kampung Baru Cina: Cerita sudah tutup, Kor Ming enggan panjangkan isu

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
13/02/2024
13:44 MYT
Kampung Baru Cina: Cerita sudah tutup, Kor Ming enggan panjangkan isu
Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming (tengah) bercakap pada sidang media Perasmian Pencahayaan Taman Woodlands di Bandar Baru Tambun hari ini. - Foto BERNAMA
IPOH: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming enggan memanjangkan isu cadangan untuk menjadikan Kampung Baru Cina sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Beliau berkata, perkara itu dikhuatiri akan menimbulkan lebih banyak polemik dan salah tafsir oleh pelbagai pihak.
Justeru menurutnya, lebih baik isu berkenaan tidak terus dipanjangkan dan fokus kepada agenda lain yang lebih memberi faedah kepada rakyat.
"Saya tahu, sekali saya komen, satu perkataan (sahaja), jadi lari tajuk.
"Cerita itu pun sudah tutup, tidak ada isu pun sebenarnya, jadi eloklah kita ‘move on’,” katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan pembangunan landskap persekitaran kehidupan di Taman Rekreasi Woodland di Tambun Baru Tambun, di sini, petang ini.
Hadir sama, Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin.
Media sebelum ini melaporkan, Menteri KPKT itu mencadang untuk mencalonkan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO bagi mengiktiraf kepentingan budaya dan sejarah penempatan itu.
Cadangan itu bagaimanapun mendapat bantahan keras daripada pelbagai pihak, khususnya UMNO dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu.
Mereka menyifatkan cadangan itu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf hanya bumiputera sebagai penduduk asal dengan hak keistimewaan tertentu.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, cadangan itu akan merosakkan keharmonian Kerajaan Perpaduan dan mencetuskan polemik tidak perlu dalam kalangan rakyat.
Topic Berkaitan
#Kampung Baru Cina
#Nga Kor Ming
#tapak warisan
#Unesco
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan