awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak wujud istilah 'penyerahan' tapak warisan di Sabah kepada Kerajaan Persekutuan - MOTAC

Bernama
Bernama
27/11/2025
13:02 MYT
Tidak wujud istilah 'penyerahan' tapak warisan di Sabah kepada Kerajaan Persekutuan - MOTAC
Menurut MOTAC, berdasarkan peruntukan Akta 645, tidak wujud istilah penyerahan yang memberi konotasi kepada penyerahan tapak negeri kepada Kerajaan Persekutuan.
KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) hari ini menafikan dakwaan yang tular berhubung keperluan mendapatkan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri (PBN) Sabah bagi mewartakan tapak warisan di negeri itu sebagai Warisan Kebangsaan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645).
Dalam kenyataan hari ini, MOTAC memaklumkan maklumat tular itu adalah tidak tepat dan langsung tidak merujuk kepada istilah 'penyerahan' seperti yang didakwa dalam video yang dikeluarkan pihak tidak bertanggungjawab baru-baru ini.
Menurut kementerian itu, berdasarkan peruntukan Akta 645, tidak wujud istilah penyerahan yang memberi konotasi kepada penyerahan tapak negeri kepada Kerajaan Persekutuan.
"Pewartaan adalah bentuk pengiktirafan dan perlindungan terhadap tapak atau bangunan di bawah instrumen perundangan negara tanpa mengambil hak milik pemunya atau pemilik.
"Ini selari dengan Seksyen 69, Akta 645 memperuntukkan mana-mana Warisan Kebangsaan yang dipunyai atau dimiliki oleh mana-mana orang selain Kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri boleh terus berada dalam milikan pemunya, penjaga atau pemegang amanah," menurut kenyataan itu.
MOTAC memaklumkan Kerajaan Sabah melalui Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri pada Januari 2019 telah menarik balik surat keizinan PBN untuk menetapkan tapak-tapak warisan di negeri Sabah sebagai tapak warisan dibawah Akta 645 dan MOTAC melalui Jabatan Warisan Negara (JWN) juga tidak meneruskan pewartaan bagi tapak-tapak tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tapak warisan
#Sabah
#video tular
#MOTAC
#kerajaan Persekutuan
#penyerahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan