KUANTAN:Tiga bayi berusia lingkungan 10 hari hingga tiga bulan antara 46 warga Indonesia yang ditahan dalam serbuan Jabatan Imigresen Pahang semalam di petempatan rumah kongsi Kampung Semaut di Bentong, kira-kira 190 kilometer dari sini.
Pengarah Imigresen negeri itu Muhammad Hatta Kassim berkata mereka yang turut ditahan ialah 19 lelaki dan 22 wanita berusia lingkungan 20 hingga 50 tahun serta dua kanak-kanak lelaki masing-masing berumur empat dan tujuh tahun.
"Operasi dilakukan selama tiga jam mulai 9 pagi membabitkan kira-kira 90 pintu rumah kongsi di Kampung Semaut selepas Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi kawasan itu berakhir semalam," katanya semasa dihubungi.
Beliau berkata mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada dokumen pengenalan diri dan Seksyen 15(1)(c) akta sama kerana tinggal melebihi masa yang dibenarkan.
Semua tahanan menjalani ujian saringan COVID-19 sebelum dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Kemayan, Bera untuk tindakan selanjutnya.
Muhammad Hatta berkata pemilik tanah yang menempatkan rumah kongsi itu juga akan disiasat mengikut Seksyen 55 E akta sama kerana membenarkan pendatang tanpa izin menetap di kawasan tersebut.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman maksimum penjara 12 bulan atau denda minimum RM5,000 maksimum RM30,000 atau atau kedua-duanya sekali bagi setiap pendatang, dan bagi kesalahan kedua, penjara dua tahun atau denda minimum RM10,000 atau kedua-duanya sekali.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 23 2020

Tiga bayi berusia lingkungan 10 hari hingga tiga bulan antara 46 warga Indonesia yang ditahan dalam serbuan Jabatan Imigresen Pahang.

Ulang Tahun Ke-35 | Titipan doa rakyat buat pasangan Diraja
Sempena ulang tahun perkahwinan ke-35 Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri' Ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah dengan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Rakyat negeri kelahiran Tunku Azizah, Johor Darul Takzim menzahirkan ucapan tahniah dan doa kepada pasangan Diraja itu.

Ulang Tahun Ke-35 | Titipan doa rakyat buat pasangan Diraja
Orang ramai dari pelbagai kaum di Perak mengucapkan tahniah sempena ulangtahun ke 35 perkahwinan Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Kagum dengan cara pemerintahan yang sangat mesra rakyat, warga Perak berharap baginda berdua dapat meneruskan pemerintahan negara dengan jayanya.

KPWKM cadang wujudkan kursus pasca perkahwinan
Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bercadang mewujudkan kursus pasca perkahwinan bagi suami isteri untuk mengukuhkan lagi institusi kekeluargaan.

KKM kesan empat lagi kluster baharu
Empat lagi kluster baharu dengan tiga daripadanya melibatkan tiga tempat kerja direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Kembara Cinta Diraja Seiring Kasih Rakyat: Tak menang tangan tatkala musibah menimpa rakyat
Keperibadian berjiwa rakyat yang tinggi menjadi sebab mengapa baginda berdua sering dilihat tidak menang tangan tatkala musibah menimpa rakyat.

205 individu ditahan ingkar SOP PKP, 18 melibatkan pusat hiburan
Seramai 205 individu ditahan atas kesalahan ingkar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan PKP) pada Jumaat.

Lima tumpuan kenyataan Dr Noor Hisham hari ini
Daripada jumlah kes yang direkodkan di Selangor, 89.2 peratus adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Dua selamat, seorang hilang dihanyut arus deras ketika berkelah
Mangsa bersama kira-kira 20 ahli keluarga ke lokasi tersebut untuk berkelah sambil mandi di tebing sungai.

Vaksin swasta: Tumpuan 80 peratus terlebih dahulu - MOSTI
Pembelian vaksin COVID-19 oleh kerajaan setakat ini hanya tertumpu kepada usaha menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

COVID-19: 1,680 kes baharu, 7 kematian
Sebanyak 1,680 jangkitan baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 311,777 kes.

Dean Henderson kemudi gawang Manchester United kekang City
De Gea terlepas perlawanan ketika mereka buntu tanpa jaringan di Crystal Palace, kelmarin, yang disifatkan pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer, sebagai hal "peribadi".

'Pengasuh tinggal sekejap dalam besen untuk ambil tuala'
Walaupun sedih dengan kejadian itu, dia dan keluarganya tidak menyalahkan wanita yang juga pengasuh anaknya ke atas insiden yang berlaku.

RM1.2 juta berjaya dikumpul dalam tempoh 29 jam biaya kos perubatan bayi pramatang M'sia
Kutipan derma itu, yang diumumkan 28 Feb dalam portal NGO tersebut, berakhir pada kira-kira 5.45 petang semalam selepas mencapai matlamatnya.

Telur, ikan antara makanan terbaik buat anak makin bijak! Baca tip ini
Makanan sememangnya memainkan peranan yang cukup penting buat anak-anak kita yang sedang membesar.

Peranti acara 'gender reveal' meletup, bakal bapa maut
Christopher Pekny sedang memasang peranti itu di garaj rumahnya di Liberty, utara New York, bersama adiknya ketika ia tiba-tiba meletup.

Insiden tertukar bayi di Hospital Melaka disiasat - Exco
Siasatan itu bagi menentukan sama ada berlaku kecuaian petugas kesihatan atau sebaliknya.

Perompak sorok bayi tiga bulan dalam kotak polisterin
Suspek turut menyumbat mulut bayi itu menggunakan tuala kecil sebelum ditampal pita pelekat.

Kehamilan Meghan, Ratu Elizabeth dan keluarga diraja Britain teruja
Difahamkan, keluarga diraja telah dimaklumkan tentang kehamilan Meghan sebelum pengumuman itu dibuat.

Bayi kembar dilarikan monyet, satu ditemukan mati di tepi parit
Seorang bayi perempuan yang baharu berusia lapan hari maut selepas dilarikan sekumpulan monyet di Bandar Thanjavur, Tamil Nadu.

Thailand lancar kempen mencari jodoh untuk galakkan kadar kelahiran
Biro Kesihatan Reproduktif Thailand akan berperanan sebagai dewa asmara dengan mengadakan perhimpunan mencari jodoh untuk mereka yang masih bujang bertemu cinta sejati.