awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga beranak didakwa dera kanak-kanak perempuan lima tahun

Bernama
Bernama
08/08/2022
04:17 MYT
Tiga beranak didakwa dera kanak-kanak perempuan lima tahun
Dua tertuduh diiringi anggota polis sebaik tiba di pekarangan mahkamah. - Foto Sinar Harian
KUALA PILAH: Tiga beranak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan mendera seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun, bulan lepas.
Pasangan suami isteri, R. Guna Silan, 42, K. Nagamah, 41, dan anak perempuan mereka G.Nisha, 21, didakwa bersama-sama sebagai penjaga kepada kanak-kanak itu telah mendera mangsa menggunakan rotan dan memukulnya, menendang serta menyimbah air panas.
Kejadian itu mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan di seluruh bahagian badan iaitu di bahagian dada, belakang badan, kedua-dua belah kaki, kepala dan muka.
Mereka dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Taman Seri Mahsan, Bandar Seri Jempol antara 15 hingga 19 Julai lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Tertuduh diiringi anggota polis sebaik tiba di pekarangan mahkamah. - Foto Sinar Harian
Tertuduh diiringi anggota polis sebaik tiba di pekarangan mahkamah. - Foto Sinar Harian
Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amirul Noor Hashimi mencadangkan agar ketiga-tiga tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin.
Peguam Haresh Mahadevan dan Ramzani Idris yang mewakili tertuduh memohon mahkamah mengenakan jaminan minimum berikutan kesemua tertuduh memberikan kerjasama baik dengan polis selain seorang tertuduh akan melanjutkan pengajian di sebuah institusi pengajian tinggi bulan depan.
Hakim Norma Ismail membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 Ogos untuk sebutan semula kes.
Mereka membayar jaminan.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tiga beranak
#dera kanak-kanak lima tahun
#simbah air panas
#kanak-kanak perempuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan