MALAYSIA
Tiga beranak didakwa perdagang wanita Indonesia untuk eksploitasi kerja paksa

Mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan melaporkan diri sebulan sekali dan tidak mengganggu mangsa. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Tiga beranak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memperdagangkan seorang wanita warga Indonesia bagi tujuan eksploitasi kerja paksa sejak Mac 2023.
Ringkasan AI
- Tiga beranak didakwa memperdagangkan seorang wanita warga Indonesia bagi tujuan eksploitasi kerja paksa antara Mac 2023 hingga Ogos 2025 di Taman Desa, Kuala Lumpur.
- Mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan melaporkan diri sebulan sekali dan tidak mengganggu mangsa.
- Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dan sebutan semula kes ditetapkan pada 6 Oktober.
Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Habibullah Mohammad Shah tidak menawarkan sebarang jaminan memandangkan kesalahan itu tidak boleh dijamin, namun jika mahkamah memberikan jaminan, pendakwaan mencadangkan setiap tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin.
"Pihak pendakwaan juga mencadangkan syarat tambahan kesemua tertuduh tidak boleh mengganggu mangsa dan mereka perlu melaporkan diri ke balai polis berdekatan sebulan sekali sehingga kes selesai," katanya.
Peguam P.N. Nagarajan memohon mahkamah membenarkan ketiga-tiga anak guamnya diikat jamin atas alasan mereka menghidap penyakit darah tinggi dan lelah kronik yang memerlukan pemantauan serta rawatan susulan di hospital.
"Kesemua anak guam tinggal di rumah yang sama di Taman Desa dan mereka juga bersedia menerima syarat tambahan yang dikenakan oleh mahkamah," katanya.
Hakim Azura Alwi membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan mereka perlu melaporkan diri sebulan sekali hingga kes selesai selain menetapkan 6 Okt ini untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami