Skip to main content

Malaysia

Mesir umum penemuan gas baharu di Delta Nil

An aerial view of Egypt’s Nile Delta region, with smoke rising from the South Cairo Electricity Distribution Company power station and river branches winding through farmland north of Cairo, Egypt, March 31, 2026. REUTERS/Amr Abdallah Dalsh
Jarak telaga dengan infrastruktur sedia ada adalah kurang dua kilometer dari kemudahan pengeluaran terdekat sekali gus membolehkan penyambungan segera ke rangkaian. - Foto REUTERS

KAHERAH: Mesir mengumumkan pada Sabtu penemuan gas asli baharu di Delta Nil dengan anggaran pengeluaran sekitar 50 juta kaki padu sehari, menambah pengeluaran semasa negara itu kira-kira 4.2 bilion kaki padu setiap hari, lapor Anadolu Ajansi.

Menurut Kementerian Petroleum dan Sumber Mineral dalam kenyataan, penemuan itu dicapai berikutan kejayaan penggerudian telaga penerokaan "Nidoco N-2" di kawasan konsesi yang dikendalikan oleh Eni Itali dengan kerjasama British BP.

Advertisement

Kementerian itu memaklumkan telaga berkenaan digerudi di darat menggunakan teknologi penggerudian berarah termaju, yang membantu mengurangkan kos dan meningkatkan kecekapan operasi.

Jarak telaga dengan infrastruktur sedia ada adalah kurang dua kilometer dari kemudahan pengeluaran terdekat sekali gus membolehkan penyambungan segera ke rangkaian dan memasuki pengeluaran awal dalam masa beberapa minggu.

Kawasan pembangunan Abu Madi Barat dikendalikan oleh Eni dengan kerjasama BP dan Egyptian General Petroleum Corporation menerusi Petrobel iaitu usaha sama antara pihak berkuasa Mesir dan Eni.

Menurut kementerian itu, penggunaan domestik gas asli Mesir adalah kira-kira 2.2 trilion kaki padu setiap tahun, dengan purata sekitar 6 bilion kaki padu sehari.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 

Must Watch Video