GOMBAK: Tiga individu mengalami kecederaan dalam kemalangan melibatkan empat buah kenderaan di Jalan Ulu Yam Gombak Batu 23 pada pagi Ahad.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata siasatan awal dijalankan mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah kereta jenis Mitsubishi Lancer cuba memotong kenderaan di hadapannya.
"Pemandu Mitsubishi Lancer terbabit cuba untuk memotong sebuah Perodua Bezza namun gagal lalu bertembung dengan sebuah lori yang datang dari arah bertentangan.
"Turut terlibat dalam kemalangan tersebut sebuah kereta Perodua Bezza dan sebuah kereta jenis Volkswagen," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.
Beliau berkata, kemalangan itu turut mengakibatkan pemandu serta dua penumpang Perodua Bezza warga Vietnam berusia 24 hingga 30 tahun mengalami kecederaan.
"Kesemua mangsa yang cedera menerima rawatan di Hospital Selayang.
"Siasatan lanjut berkaitan kejadian masih dijalankan dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Oct 10 2021

Tiga individu mengalami kecederaan dalam nahas melibatkan empat buah kenderaan di Jalan Ulu Yam Gombak Batu 23 pada pagi Ahad. -Facebook/Adam Wong Jr./INFO Bencana Pahang & Luar

Suri rumah, rakan didakwa rompak barang kemas ibu mentua
Seorang suri rumah yang kononnya disamun empat lelaki bertopeng yang memecah masuk rumahnya di Felda Chini Timur 1, Pekan Mac lalu dan seorang rakan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan di sini pada

Himpunan Melayu Berdaulat diteruskan dengan kawalan polis
Himpunan Melayu Berdaulat yang dijadual berlangsung pada Sabtu di ibu negara diteruskan dengan pasukan polis bertindak sebagai pemudah cara.

Bekas Setiausaha Bahagian, Jabatan Perdana Menteri didakwa salah guna RM200,000
Bekas Setiausaha Bahagian, Bahagian Kawal Selia Felda, Jabatan Perdana Menteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menyalahgunakan peruntukan RM200,000.

Murid cedera akibat terhantuk, bukan dibaling bekas pensel oleh guru – Polis
Polis menafikan dakwaan seorang murid sekolah rendah di daerah ini cedera di kepala akibat dibaling bekas pensel oleh guru seperti yang tular di media sosial.
Dua lelaki ditahan cuba seludup keluar lebih 300 haiwan eksotik
Dua lelaki tempatan ditahan dipercayai cuba menyeludup keluar lebih 300 haiwan eksotik dianggarkan bernilai RM460,000 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Rabu lepas.
Kereta terjunam dalam parit, dua saudara maut
Seorang lelaki warga emas dan jirannya maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka terbabas dan masuk ke dalam parit di Jalan Bernam Batu 10, Tanjung Karang, Kuala Selangor, pada Jumaat.

Pempengaruh disyaki hantar gambar lucah kepada remaja ditahan polis
Seorang pempengaruh ditahan polis untuk membantu siasatan berhubung dakwaan menghantar mesej berbaur lucah kepada remaja perempuan berusia 14 tahun.

58 ahli Amanah dipecat sertai pemilihan parti lain - Faiz Fadzil
Sebanyak 58 orang ahli Parti Amanah Negara (Amanah) dipecat oleh Jawatankuasa Pimpinan (JKP) Amanah Nasional atas kesalahan menyertai pemilihan parti politik lain, hingga 22 Mei 2025.
Anwar jelaskan tidak bawa sebarang 'chai'
Datuk Seri Anwar Ibrahim tegaskan tidak membawa sebarang senarai 'chai' dalam proses pemilihan PKR, sebaliknya meneliti setiap calon scara adil dan saksama.

Dua maut kereta terperosok bawah lori buat pusingan U
Dua warga asing maut selepas kereta dinaiki mereka merempuh sebuah lori membuat pusingan U di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ).

Lelaki ditahan disyaki aktif curi kad akses sistem TM
Polis menahan seorang lelaki dipercayai aktif mencuri kad akses sistem milik Telekom Malaysia Bhd (TM) di sekitar Melaka melibatkan kerugian bernilai RM168,000, pada awaI pagi Isnin.

Lelaki maut, lori rempuh lori
Siasatan awal mendapati mangsa mengekori terlalu rapat sebelum hilang kawalan dan melanggar lori di hadapan, menyebabkan kecederaan parah di kepala dan kematian di tempat kejadian.

Penunggang motosikal maut langgar anjing melintas
Mangsa mengalami kecederaan parah pada kepala dan meninggal dunia ketika menerima rawatan di klinik kesihatan.

Seorang maut, dua cedera kemalangan babit dua motosikal
Kemalangan berlaku apabila sebuah motosikal jenis Yamaha LC135 telah melanggar sebuah motosikal jenis KTM Duke dari arah belakang.

Seorang maut, dua parah kemalangan tiga motosikal RXZ di LPT2
Seorang lelaki maut manakala dua lagi parah dalam kemalangan membabitkan tiga buah motosikal di Kilometer 430 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran Plaza Tol Gemuruh, di sini pagi tadi.

Remaja maut motosikal rempuh lembu
Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Dua penunggang maut motosikal bertembung
Dua penunggang maut selepas motosikal mereka bertembung di Jalan Kutan, Tumpat, semalam.

Lelaki tular dikejar polis, dipenjara dan denda enggan beri kerjasama kepada polis
Seorang lelaki yang tular dalam kejadian dikejar kenderaan polis, dihukum penjara lapan bulan dan denda RM6,000 oleh dua Mahkamah Majistret hari ini.

Kanak-kanak maut, enam cedera kereta bertembung di Bukit Katil
Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut, manakala enam lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Penghulu Jaabar, Bukit Katil, di sini, hari ini.

Wanita maut, anak dan cucu cedera kemalangan di Kota Tinggi
Seorang wanita maut, manakala anak dan cucu perempuannya cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer 9.8 Jalan Kota Tinggi-Kluang di sini pagi tadi.