awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DBKL buka portal OSC kepada umum, perkukuh ketelusan perancangan bandar
Penterjemahan 45 jilid ensiklopedia fiqh dijangka siap 2028 - Zulkifli
Super 1000 diperluas kepada lima kejohanan bermula 2027 - BWF
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas

Bernama
Bernama
14/12/2024
22:40 MYT
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Sebahagian rampasan hasil tangkapan tiga lelaki di hadapan sebuah pasar raya dekat Triang, Bera pada Jumaat. - Foto PDRM
KUANTAN: Polis menahan tiga lelaki dan merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM44,200 di hadapan sebuah pasar raya di Bera pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Bera Supt Zulkiflee Nazir berkata pemeriksaan terhadap ketiga-tiga suspek itu menemukan dadah disyaki heroin seberat 1,379.81 gram dan syabu seberat 26.60 gram.
“Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
“Hasil ujian saringan air kencing juga mendapati dua suspek positif dadah jenis methamphetamine dan seorang lagi suspek positif dadah jenis morfin,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook.
Beliau berkata ketiga-tiga suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula Sabtu dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dadah
#pasar raya
#reman
#Zulkiflee Nazir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan