awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga individu ditahan bantu siasatan kes khianat guna api

Bernama
Bernama
24/07/2023
15:41 MYT
Tiga individu ditahan bantu siasatan kes khianat guna api
S. Vijaya Rao meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu menyalurkannya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara atau mana-mana balai berhampiran. - Gambar fail/Astro AWANI
SHAH ALAM: Polis menahan dua lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan kejadian sebuah kedai membaiki motosikal dibakar di Kapar, Klang awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Klang Utara S. Vijaya Rao berkata kesemua yang berusia 20 hingga 25 tahun ditahan kira-kira 2 petang di sekitar Jalan Bukit Kapar, Klang selepas polis menerima laporan berkaitan kejadian pada 8.53 pagi.
"Motif kejadian sedang disiasat dan polis akan membuat permohonan reman terhadap kesemua suspek di Mahkamah Klang, esok bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat menggunakan api," katanya dalam kenyataan malam ini.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu menyalurkannya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara atau mana-mana balai berhampiran.
Terdahulu tular video berdurasi 17 saat menerusi beberapa platform media sosial hari ini memaparkan seorang individu bertindak membakar sebuah premis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kanun Keseksaan
#membantu siasatan
#permohonan reman
#platform media sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan