awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga individu ditahan kemukakan tuntutan palsu bernilai RM1.5 juta

Astro Awani
Astro Awani
17/01/2023
09:33 MYT
Tiga individu ditahan kemukakan tuntutan palsu bernilai RM1.5 juta
Tiga individu termasuk dua ahli perniagaan ditahan kerana disyaki mengemukakan tuntutan mengandungi butiran palsu kepada sebuah agensi kerajaan Sarawak bernilai kira-kira RM1.5 juta. - Gambar fail/BERNAMA
KUCHING : Tiga individu termasuk dua ahli perniagaan ditahan kerana disyaki mengemukakan tuntutan mengandungi butiran palsu kepada sebuah agensi kerajaan Sarawak bernilai kira-kira RM1.5 juta pada tahun 2020 dan 2021.
Menurut sumber, kesemua suspek lelaki berusia antara 50 dan 60 tahun itu ditahan kira-kira pukul 10 malam Isnin, ketika hadir memberikan keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak di Kuching.
Berdasarkan siasatan awal, syarikat yang dimiliki ahli perniagaan terbabit disyaki terbabit dalam menyediakan kerja-kerja pembekalan makanan haiwan dan akuakultur kepada agensi itu.
Namun jelas sumber, perkhidmatan itu tidak dilaksanakan sepenuhnya oleh syarikat tersebut.
Sementara itu, Pengarah SPRM Sarawak, Mohd Zaki Hassan ketika dihubungi di sini hari ini mengesahkan penahanan tersebut.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Seksyen itu membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai butir palsu itu atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi jika sabit kesalahan.
Topic Berkaitan
#tuntutan palsu
#SPRM
#Rasuah
#agensi kerajaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan