Kerajaan akan memastikan pemodenan amalan pertanian dijalankan melalui peningkatan penerimagunaan teknologi tiga insentif

Menteri Pertanian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata, ia termasuk menyebarluaskan penggunan teknologi pertanian, membangunkan model pertanian moden dan membangunkan data agromakanan negara.

"Selain itu, hala tuju MOA ini juga mengandungi inisiatif bagi menjadikan petani Malaysia mampu beroperasi dan menikmati economy of scale.

"Peralihan daripada pertanian berskala kecil kepada berskala besar dan komersial akan dilaksanakan secara inklusif dan bertumpu kepada peningkatan pendapatan petani, penernak dan nelayan kecil," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (UMNO Sabak Bernam) yang bertanya adakah Kerajaan Pakatan Harapan telah merangka Dasar Pertanian Negara (DPN)
sebagai persediaan untuk menjadi negara maju dan memastikan negara mengeluarkan hasil pertanian yang mencukupi dan berkualiti tinggi bagi memenuhi keperluan negara.

Dalam pada itu kata Salahuddin, bagi tempoh jangka panjang, Kerajaan sedang menyediakan Dasar Aromakanan Negara 2.0 (DAN 2.0) yang akan dilaksanakan dalam tempoh 2021 sehingga 2030.

"Sejajar dengan perkembangan Revolusi Pertanian 4, DAN 2.0 akan terus memastikan jaminan bekalan makanan negara yang mencukupi dan selamat menerusi pemodenan srktor agromakanan.

"Selain itu, komoditi pertanian bernilai tinggi juga akan dibangunkan sebagai sumber kekayaan baharu negara," ujarnya.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Dasar Agromakanan Negara akan menyusun se­mula strategi untuk mempercepat proses pemodenan selain mengurus permintaan dan penawaran makanan.

Selain itu, katanya, ia akan menyelaras semula pelaburan kerajaan dan swasta untuk pembangunan infrastruktur, pembinaan modal insan pertanian, penyelidikan, pembangunan, komersial dan inovasi.