awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
SHMMP: KPDN Pulau Pinang tempatkan 137 pegawai penguat kuasa, 60 pegawai pemantau
Tiga empangan di Pulau Pinang catat kapasiti lebih 90 peratus menjelang musim kering
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga kadar zakat fitrah di Wilayah Persekutuan, RM7 kadar wajib - Idris

Bernama
Bernama
01/04/2022
15:46 MYT
Tiga kadar zakat fitrah di Wilayah Persekutuan, RM7 kadar wajib - Idris
Beliau berkata penetapan kadar RM7,RM14 dan RM21 itu dipersetujui Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syara' Wilayah Persekutuan, dengan kadar wajib zakat fitrah tahun ini ialah RM7. - Gambar hiasan/ Bernama
KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menetapkan tiga kadar zakat fitrah bagi pembayar zakat di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan untuk tahun ini, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad.
Beliau berkata penetapan kadar RM7,RM14 dan RM21 itu dipersetujui Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syara' Wilayah Persekutuan, dengan kadar wajib zakat fitrah tahun ini ialah RM7.
Katanya nilai RM7 itu adalah berdasarkan harga beras yang majoriti digunakan rakyat Malaysia dan bersesuaian dengan harga beras super tempatan gred lima peratus hancur yang dijadikan sebagai rujukan beras yang banyak digunakan.
"Sementara itu dua lagi kadar zakat fitrah yang ditetapkan ialah masing-masing RM14 dan RM21, kepada individu berkemampuan dan ingin membayar zakat fitrah secara gandaan mengikut jenis beras yang dimakan.
"Bayaran zakat fitrah melebihi kadar minimum adalah digalakkan secara sukarela dan tanpa paksaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Idris berkata sejajar dengan norma baharu, orang ramai boleh membuat bayaran secara atas talian menerusi 14 platform pembayaran zakat fitrah yang disediakan PPZ-WAIWP, antaranya Gopay, Jompay dan Portal PPZ.
Beliau berkata tahun ini MAIWP turut melantik 811 amil (petugas) untuk kutipan zakat fitrah di kaunter bayaran yang akan dibuka di masjid, pasar raya dan beberapa lokasi lain yang menjadi tumpuan orang ramai.
Katanya setiap amil juga akan diberikan QR Code yang boleh diimbas untuk transaksi tanpa tunai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#zakat fitrah
#Idris Ahmad
#MAIWP
#kadar berbeza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan