awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AkhiRI: Set pengurusan jenazah Yayasan Rizalman Ibrahim galak kesedaran persediaan akhir hayat
MBSB IB jangka pertumbuhan ekonomi Malaysia 4.3 peratus pada 2026
Zelenskyy lantik ketua risikan tentera terajui pentadbiran Presiden dalam rombakan besar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga kartel dadah bergelar Tan Sri dan Datuk dalang utama sindiket dadah di Malaysia - Polis

Fareez Azman
Fareez Azman
28/02/2021
08:23 MYT
Tiga kartel dadah bergelar Tan Sri dan Datuk dalang utama sindiket dadah di Malaysia - Polis
RAZARUDIN: PDRM telah menahan beberapa 'anak buah' kepada dalang berkenaan melalui kejayaan operasi sebelum ini. - Bernama
KUALA LUMPUR: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman, Datuk Razarudin Husain memaklumkan tiga individu bergelar 'Tan Sri' dan 'Datuk' disyaki dalang utama kartel dadah di negara ini.
Memetik laporan Sinar Harian, Razarudin berkata, kesemua individu itu menggunakan taktik licik dengan berselindung di sebalik perniagaan seperti perhotelan, perkapalan, pengangkutan dan besi bagi mengelak kegiatan mereka dihidu pihak berkuasa.
"Mereka juga langsung tidak menggunakan khidmat kakitangan dalam perniagaan yang sah itu, untuk (terlibat dalam) kegiatan pengedaran dan penyeludupan dadah bagi mengelak kebocoran maklumat," katanya.
Antara aktiviti perniagaan yang dimiliki individu berusia 45 tahun dan ke atas itu termasuk pengedaran kokain ke luar negara.
Malah mereka jelasnya mempunyai kakitangan lain untuk menyeludup dadah melalui perairan negara, penyimpanan sehingga proses pengedaran ke luar negara.
"Pada masa ini, kita sedang mengumpul maklumat dan bukti kukuh daripada ahli sindiket pengedaran dadah tempatan yang sudah diberkas sebelum melakukan tindakan ke atas 'Tan Sri' dan 'Datuk' terbabit," katanya.
Tambah Razarudin, PDRM telah menahan beberapa 'anak buah' kepada dalang berkenaan melalui kejayaan operasi sebelum ini melibatkan peringkat Bukit Aman, Kontinjen Negeri dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di seluruh negara.
"Kita mahu mengumpulkan bukti kukuh sebelum tangkapan dilaksanakan bagi memastikan ketiga-tiga dalang utama yang dikesan aktif di Semenanjung Malaysia ini menerima hukuman sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang," katanya lagi.
Risikal awal turut mendapati, terdapat orang bawahan atau suruhan kepada ketiga individu itu untuk menguruskan penghantaran dadah ke Indonesia, Taiwan, Hong Kong dan Australia menggunakan kargo udara dan khidmat perkapalan.
"Kes rampasan 12 tan kokain bernilai RM2.4 bilion yang disembunyikan dalam arang batu serta menjadi sejarah rampasan terbesar dadah dalam negara di Terminal Kargo Utara Butterworth, Pulau Pinang, pada 10 September 2019 dipercayai turut mempunyai kaitan dengan 'Tan Sri' dan 'Datuk' terbabit," jelasnya lagi.
Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mendedahkan bahawa PDRM telah mengenal pasti dalang utama sindiket penyeludupan dadah di negara ini yang berselindung di sebalik gelaran tersebut.
Tegas Abdul Hamid, beliau akan memastikan individu terbabit dipenjarakan atau dikenakan tindakan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (Poca) sebaik pembabitkan mereka dapat dibuktikan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN).
Topic Berkaitan
#PDRM
#Indonesia
#Australia
#Hong Kong
#Taiwan
#Bukit Aman
#polis
#jenayah
#Dadah
#Ketua Polis Negara
#siasatan
#operasi
#undang-undang
#sindiket
#penyeludupan dadah
#perniagaan
#Licik
#radar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan