awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga kematian babit peserta RXZ Members 6.0 direkodkan

Bernama
Bernama
16/09/2024
07:30 MYT
Tiga kematian babit peserta RXZ Members 6.0 direkodkan
Polis memaklumkan dua daripada kes kematian itu dicatatkan di LPT2, manakala satu kematian melibatkan kemalangan di Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Kampung Kelulut di daerah Marang.
KUALA TERENGGANU: Tiga maut dalam tiga kemalangan berasingan membabitkan peserta program We Are RXZ Members 6.0 2024, kata Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Khairi Khairuddin.

Ringkasan AI
  • Tiga peserta program We Are RXZ Members 6.0 maut dalam tiga kemalangan berasingan di Terengganu.
  • Polis mengeluarkan 89 saman atas pelbagai kesalahan sepanjang dua hari operasi.
  • Program menarik kira-kira 40,000 peserta dari seluruh negara.

Beliau berkata dua daripada kes kematian itu dicatatkan di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) manakala satu kematian melibatkan kemalangan di Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Kampung Kelulut di daerah Marang.
"Mangsa kemalangan pertama iaitu Abdul Salim Mohamed Hashim, 58, berasal dari Batu Gajah, Perak manakala mangsa kedua, Mohamad Firdaus Abdul Rashid, 29, dari Jempol, Negeri Sembilan.
"Kemalangan ketiga pula membabitkan mangsa Ahmad Amir Muhamad, 29, yang berasal dari Temerloh, Pahang dan bekerja sebagai buruh ladang," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, Mohd Khairi berkata polis telah mengeluarkan sebanyak 89 saman atas pelbagai kesalahan sepanjang dua hari operasi di sekitar Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.
Beliau berkata kesalahan paling tinggi direkodkan ialah ubah suai ekzos, tiada cermin sisi dan aksesori tidak sempurna.
Himpunan RXZ Members 6.0 yang berlangsung selama dua hari bermula 13 Sept lepas menarik kira-kira 40,000 peserta dari seluruh negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tiga maut
#We Are RXZ Members 6 0 2024
#LPT2
#Jalan Kuala Terengganu-Kuantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan