awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga kilang, bengkel kereta terbakar di Taiping

Bernama
Bernama
28/01/2023
12:45 MYT
Tiga kilang, bengkel kereta terbakar di Taiping
Tiga kilang dan sebuah bengkel kereta musnah dalam kejadian kebakaran di Kawasan Perindustrian Tupai, dekat Taiping, pagi tadi. - Foto Facebook Bomba Taiping
IPOH: Tiga kilang dan sebuah bengkel kereta musnah dalam kejadian kebakaran di Kawasan Perindustrian Tupai, dekat Taiping, pagi tadi.
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping berkata pihaknya menerima panggilan pada 9.56 pagi berhubung kebakaran membabitkan bahagian dalam gudang simpanan tilam yang musnah hampir 95 peratus, serta kilang besi dan piano.
"Bengkel kereta berukuran 18x24 meter persegi itu pula musnah 90 peratus dan turut terbakar tiga buah kenderaan.
"Kerja-kerja memadam kebakaran turut dibantu jentera dari BBP Kamunting, BBP Batu Kurau termasuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kuala Sepetang, Kuala Gula, Parit Buntar, Bagan Serai dan Pantai Remis," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya kebakaran dapat dikawal dalam tempoh 35 minit dan tiada mangsa berada dalam premis terbabit.
Katanya punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan dan operasi ditamatkan pada 3.40 petang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kilang terbakar
#kebakaran
#Kawasan Perindustrian Tupai
#Taiping
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan