awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kenyataan Hamzah Zainudin letak jawatan Ketua Pembangkang adalah palsu
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim beroperasi semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga lagi hospital di Kedah dijadikan pusat rawatan COVID-19 - Exco

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
20/01/2021
09:28 MYT
Tiga lagi hospital di Kedah dijadikan pusat rawatan COVID-19 - Exco
Sebelum ini, hanya Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar menjadi hospital COVID-19. - Gambar fail
ALOR SETAR:Tiga lagi hospital di Kedah diwartakan sebagai hospital rawatan COVID-19 bagi menampung pertambahan pesakit di negeri ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan negeri, Datuk Dr Mohd Hayati Othman.
Katanya hospital yang terlibat adalah Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani, Hospital Kuala Nerang dan Hospital Kulim.
Sebelum ini, hanya Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar menjadi hospital COVID-19.
Beliau berkata, berdasarkan maklumat yang diterima daripada pihak Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah, kapasiti wad pesakit COVID-19 di HSB adalah pada tahap 72 peratus selain wad Unit Rawatan Rapi (ICU) (89 peratus).
Jelas Dr Hayati, ketiga-tiga hospital berkenaan telah mula dibuka minggu ini dan mampu menempatkan 70 ke 300 pesakit bagi satu-satu masa.
Beliau turut menjangkakan jumlah pesakit positif COVID-19 di negeri itu akan meningkat namun yakin kemudahan sedia ada di keempat-empat hospital berkenaan mampu merawat pesakit pada tahap maksimum.
"Ya, (kita ada buat pertambahan tiga hospital) di (Hospital) Kulim, kapasiti (di hospital itu mampu tempatkan) 300 (pesakit)... baru 33 (yang) diisi, boleh isi lagi kalau ada pesakit dan di (Hospital) Kuala Nerang (ada) 72 kapasiti, ada 50 lebih boleh isi.
"(Manakala di HSAH), Sungai Petani (ada) 200 lapasiti, baru 63 (diisi). Semua hospital itu mula beroperasi minggu ini sebab kes (di Kedah) bertambah," katanya.
Dr Hayati berkata demikian ketika ditemui selepas mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman pada Rabu.
Dalam perkembangan sama, beliau berkata pesakit positif COVID-19 yang sudah dirawat melebihi 10 hari dan tidak mempunyai simptom dibenarkan pulang untuk menjalani kuarantin di rumah.
Topic Berkaitan
#Kedah
#hosital covid
#HSB
#hopital covid
#HSAH
#Hospital Kuala Nerang
#Hospital Kulim
#Exco
#kesihatan
#Dr Mohd Hayati
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan