awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kejayaan usahawan perintis tanaman bawang bukti keberkesanan kerjasama MARDI, petani
Bali akan periksa baki akaun simpanan pelancong asing dalam usaha promosi pelancongan berkualiti
AKPS Rantau Panjang rekod lebih 1.78 juta pergerakan keluar masuk sepanjang 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga lagi kakitangan Majlis Perbandaran Sibu positif COVID-19

Khairuddin Rushdi Ayuphan
Khairuddin Rushdi Ayuphan
26/01/2021
13:41 MYT
Tiga lagi kakitangan Majlis Perbandaran Sibu positif COVID-19
Selain itu, Clarence menyeru kakitangan MPS agar mematuhi arahan dan SOP yang ditetapkan.
SIBU:Tiga lagi kakitangan Majlis Perbandaran Sibu (MPS) disahkan positif COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan dijangkiti wabak itu ialah empat orang.
Pengerusi MPS, Clarence Ting berkata, ketiga-tiga kakitangan itu adalah dari bahagian kejuruteraan serta kesihatan awam dan perkhidmatan yang ditugaskan untuk aktiviti penyelenggaraan jalan, pembersihan dan penangkapan anjing liar.
Susulan perkara itu, tegas beliau, pejabat kedua-dua bahagian itu masing-masing di tingkat 20 dan 22 di Wisma Sanyan ditutup serta-merta kepada orang awam mulai hari ini hingga 5 Februari depan.
"Penutupan itu sebagai langkah pencegahan dan memberi ruang sanitasi serta menjalankan pengesanan kontak rapat.
"Semua kakitangan yang bertugas di bahagian yang terlibat dan mempunyai kontak rapat agar membuat ujian saringan COVID-19," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Pada Sabtu, seorang kakitangan MPS dilaporkan positif COVID-19 selepas menjalani saringan.
Susulan itu, kerja-kerja sanitasi bangunan Wisma Sanyan dilakukan MPS sebagai usaha mencegah penularan wabak tersebut.
Selain itu, Clarence menyeru kakitangan MPS agar mematuhi arahan dan SOP yang ditetapkan.
Topic Berkaitan
#Kakitangan MPS
#positif COVID-19
#Majlis Perbandaran Sibu
#Clarence Ting
#Pengerusi MPS
#kerja sanitasi
#Sibu
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan