KUALA LUMPUR :Tiga lagi kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini.

Beliau berkata, dua lokasi di Johor manakala satu lagi lokasi di Negeri Sembilan.

Berikut adalah tumpuan utama kenyataan media Ismail Sabri hari ini.

1) PKPD di Pusat Koreksional Johor Bahru dan Kuarters Kakitangan, Batu 19 Jalan Ulu Choh-Pontian, Johor Bahru bermula 28 Disember 2020 sehingga 10 Januari 2021.

2) PKPD di Dewan Arena Segitiga, Lot 19094, Taman Desa Sejahtera, Mukim Kota Tinggi, Johor bermula 28 Disember 2020 sehingga 10 Januari 2021.

3) PKPD di Penjara Jelebu dan Kuarters Kakitangan Penjara Jelebu, Negeri Sembilan bermula 28 Disember 2020 sehingga 10 Januari 2021.

4) Penamatan PKPD di Flat Persiaran Paya Terubong, Relau, Mukim 13, Pulau Pinang pada Ahad, 27 Disember 2020 lebih awal daripada yang dijadualkan.

5) PDRM telah menahan 456 individu atas kesalahan ingkar arahan PKP. Daripada jumlah itu, 421 telah dikenakan kompaun manakala 34 direman dan satu dibebaskan dengan jaminan polis.