awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga laluan di Putrajaya ditutup sementara sempena sambutan Hari Pahlawan

Bernama
Bernama
29/07/2024
20:15 MYT
Tiga laluan di Putrajaya ditutup sementara sempena sambutan Hari Pahlawan
Laluan yang ditutup sementara sempena sambutan Hari Pahlawan melibatkan Jalan Persiaran Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah, Jalan Lebuh Perdana Timur dan laluan sekitar Kompleks E, Putrajaya. - Foto Polis KL
KUALA LUMPUR: Tiga laluan sekitar Putrajaya akan ditutup sementara bermula 7.30 pagi sempena sambutan Hari Pahlawan yang berlangsung di Dataran Pahlawan Negara pada Rabu ini.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata laluan itu melibatkan Jalan Persiaran Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah, Jalan Lebuh Perdana Timur dan laluan sekitar Kompleks E.
"Jalan akan dibuka semula secara berperingkat selepas tetamu kehormat melalui serta selamat sampai ke majlis berkenaan mengikut masa yang telah ditetapkan.
"Laluan kenderaan di Bulatan Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah akan diberhentikan seketika semasa lagu Negaraku berkumandang dan akan dibuka selepas acara tembakan meriam," katanya dalam kenyataan semalam.
Mohd Zamzuri berkata sebanyak 82 anggota trafik ditugaskan bagi mengawal lalu lintas sepanjang program berlangsung.
Beliau sehubungan itu menasihati pengguna jalan raya untuk merancang perjalanan dan hadir awal ke pejabat bagi mengelak kesesakan.
Orang ramai yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur menerusi talian 03-8886 2138 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur 03-20260597/69 atau balai polis berhampiran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sambutan Hari Pahlawan
#Dataran Pahlawan Negara
#jalan ditutup
#Polis Kuala Lumpur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan