awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 Orang Asli ditahan disyaki ceroboh tanah di Rompin
Laut Pengkalan Sungai Sekawang permata tersembunyi buat kaki pancing
SPPP perkasa tadbir urus menerusi Pelan Strategik Pendigitalan 2026-2030
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga lelaki ada 10 rekod lampau, ditahan miliki heroin dan syabu

Bernama
Bernama
04/01/2023
08:16 MYT
Tiga lelaki ada 10 rekod lampau, ditahan miliki heroin dan syabu
Ketiga-tiga individu yang ditahan ialah warga tempatan berumur 32 hingga 43 tahun dan dipercayai menjadi pengedar dan penagih.- Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Polis menahan tiga lelaki yang keseluruhannya memiliki 10 rekod lampau membabitkan jenayah dan dadah, serta merampas sejumlah dadah menerusi serbuan di kawasan kediaman di sekitar Kempas di sini, semalam.
Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Supt Fariz Ammar Abdullah berkata polis menjumpai serbuk putih dipercayai dadah jenis heroin seberat 2,215.9 gram dan syabu seberat 143.75 gram bernilai RM80,787 ketika serbuan pada 6.25 petang dan 12.40 tengah malam tadi.
"Ketiga-tiga individu yang ditahan ialah warga tempatan berumur 32 hingga 43 tahun dan dipercayai menjadi pengedar dan penagih," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata turut dirampas dan disita ialah sebuah kereta jenis Volkswagen Polo, dua motosikal masing-masing jenis Yamaha Y16 dan Yamaha Ego LC serta wang tunai bernilai RM500 dan keseluruhan rampasan berjumlah RM127,087.
Sementara itu, Fariz Ammar berkata ujian saringan awal polis terhadap ketiga-tiga lelaki terbabit mendapati kesemuanya positif dadah jenis methamphetamine dengan seorang mempunyai enam rekod kesalahan narkotik dan jenayah manakala dua lagi masing-masing memiliki tiga dan satu rekod jenayah lampau.
"Ketiga-tiga mereka direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga Selasa depan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang jika sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dadah
#rekod lampau
#Johor Bahru
#Syabu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan