awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga lelaki disyaki terbabit kes pemerasan, larikan perunding hutang ditahan

Bernama
Bernama
18/04/2024
15:49 MYT
Tiga lelaki disyaki terbabit kes pemerasan, larikan perunding hutang ditahan
Mohd Hafiz berkata susulan penahanan itu, polis menemukan semula mangsa yang ditahan suspek serta merampas sebuah kereta jenis Honda, dua telefon bimbit dan sekeping kad bank. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga lelaki yang disyaki terbabit dalam kes pemerasan dan melarikan seorang perunding hutang pada Selasa lepas.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata suspek yang berusia 30 hingga 40 tahun itu ditahan pada 1.20 pagi semalam di sekitar Puncak Alam, Shah Alam, selepas pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki yang mendakwa pekerjanya dipukul serta dilarikan oleh beberapa individu.
"Lelaki itu memaklumkan pekerjanya berusia lingkungan 20-an berjumpa seorang wanita berkaitan pembayaran hutang milik syarikatnya, namun mangsa telah dipukul dan dilarikan beberapa individu selain wang tunai RM2,000 miliknya turut diambil suspek.
"Suspek turut menghubungi lelaki itu (pengadu) supaya menyerahkan wang RM7,000 jika mahu mangsa dilepaskan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Hafiz berkata susulan penahanan itu, polis menemukan semula mangsa yang ditahan suspek serta merampas sebuah kereta jenis Honda, dua telefon bimbit dan sekeping kad bank.
Menurutnya siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai empat rekod lampau termasuk satu kesalahan narkotik.
"Kesemua suspek direman empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 385 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kad bank
#kereta jenis Honda
#kes pemerasan
#perunding hutang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan