PETALING JAYA: Seramai tiga lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes ah long mengugut dan menyimbah cat merah di sebuah rumah di Taman Medan Baru di sini pada 20 November lalu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kesemua suspek berusia 21 tahun itu ditahan di kawasan parkir sebuah kediaman di Cheras pada 23 November lalu.
"Kita merampas empat buah telefon bimbit pelbagai jenama.
"Siasatan awal mendapati mereka mengaku terlibat dalam kes tersebut," katanya melalui kenyataan pada Selasa.
Mohamad Fakhrudin berkata, suspek turut mendedahkan mereka mendapat pekerjaan tersebut melalui iklan di laman sosial Facebook.
"Setelah berhubung dengan seorang lelaki warganegara melalui aplikasi media sosial, suspek telah diarahkan menyimbah cat ke alamat yang diberikan.
"Mereka telah dibayar sebanyak RM500 selepas menghantar rakaman video mereka menyimbah cat tersebut kepada lelaki berkenaan," katanya.
Mohamad Fakhrudin berkata, pihaknya telah menerima satu laporan polis oleh seorang lelaki berusia 35 tahun mengenai kejadian rumah sewanya telah disimbah cat merah.
"Selain itu, terdapat satu nota yang ditinggalkan berbaur ugutan supaya membayar hutang jika tidak mahu rumahnya akan dibakar.
"Nota tersebut turut mengandungi nama dan nombor kad pengenalan seorang lelaki berusia 28 tahun," katanya.
Beliau berkata, ketiga-tiga suspek itu ditahan reman selama tiga hari dan telah dilepaskan dengan jaminan polis.
"Siasatan lanjut masih diteruskan bagi melengkapkan penyiasatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Nov 30 2021
Telefon bimbit yang dirampas daripada suspek. -Foto Sinar Harian
Dua lelaki ditahan kes rogol gadis Orang Asli
Polis menahan dua lelaki yang disyaki merogol seorang gadis Orang Asli berusia 15 tahun dikenali menerusi aplikasi cari jodoh di media sosial.
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Simbah cat merah, orang suruhan ah long didenda RM3,000
Seorang orang suruhan ah long mengaku bersalah atas pertuduhan menyimbah cat merah di rumah keluarga peminjam, Januari lalu.
Penjual ketam direman tiga hari bantu siasatan kes hina Raja Perlis
Perintah reman terhadap lelaki berusia 41 tahun itu dikeluarkan Majistret Ana Rozana Mohd Nor daripada Mahkamah Majistret Kangar.
Dua along terbabit kes simbah cat merah ditahan
Polis menahan dua lelaki tempatan disyaki along bagi membantu siasatan kejadian simbahan cat merah di sebuah rumah, Khamis lepas.
Poster PM, calon PH Kuala Terengganu disimbah cat merah
Politik tidak matang terus mencemari perjalanan PRN apabila poster yang memaparkan gambar Datuk Seri Anwar Ibrahim dan calon PKR Kuala Terengganu disimbah cat merah.
Warga emas trauma, ah long tersalah simbah cat
Mangsa mendakwa tidak pernah meminjam dengan ceti haram itu dan berasakan dirinya teraniaya dan terpaksa menanggung malu.
Tiga termasuk wanita ditahan simbah cat merah
Mangsa mendapati pintu pagar hadapan serta halaman rumahnya disimbah cat berwarna merah selain menemui notis ugutan ditampal di pagar.
Tiga lelaki mengaku terima upah RM500 ugut, simbah cat merah melalui Facebook
Kesemua suspek berusia 21 tahun itu ditahan di kawasan parkir sebuah kediaman di Cheras pada 23 November lalu.