awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga lelaki mengaku tidak bersalah palsukan invois RM882,560

Abdul Hafiz Mustadi
Abdul Hafiz Mustadi
22/07/2022
08:52 MYT
Tiga lelaki mengaku tidak bersalah palsukan invois RM882,560
Tertuduh Junaidi Juling 35 tahun didakwa melakukan kesalahan tersebut di Pejabat KPDNHEP cawangan Keningau pada 1 Oktober, 1 November, dan 27 November 2019.
KOTA KINABALU: Tiga lelaki dihadapkan di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kota Kinabalu atas dakwaan mengemukakan invois palsu terhadap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah dengan nilai keseluruhan RM882,560.
Tertuduh Junaidi Juling 35 tahun didakwa melakukan kesalahan tersebut di Pejabat KPDNHEP cawangan Keningau pada 1 Oktober, 1 November, dan 27 November 2019.
Manakala Mohd Rahmad Ambotou 33, dan Sainal Tamin 47 tahun didakwa melakukan kesalahan yang sama dengan bersubahat bersama Junaidi.
Mengikut pertuduhan ketiga-tiga tertuduh didakwa melakukan kesalahan dengan mengemukakan dokumen palsu sebagai tulen iaitu resit-resit Copy of Invoice PSS Keningau 2 di dalam tuntutan bayaran kos pengangkutan bagi Projek Community Drumming bahagian Keningau.
Kesemua tertuduh tidak diwakili peguam mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.
Setiap tertuduh dibenar ikat jamin RM30,000 oleh seorang penjamin bagi setiap seorang, dan perlu melaporkan diri ke pejabat SPRM sehingga sebutan semula kes pada 30 September 2022.
Pada masa yang sama kesemua tertuduh turut diarah menyerahkan passport serta diingatkan hakim agar tidak mendekati saksi pendakwaan semasa proses pendakwaan sedang berjalan.
Ketiga-tiga tertuduh didakwa dibawah Seksyen Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 458 Kanun yang sama, yang memperuntukkan hukuman 7 tahun penjara dan denda sekiranya disabitkan kesalahan.
Topic Berkaitan
#Rasuah
#Palsukan invois
#KPDNHEP
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan