GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang menumpaskan sindiket penipuan dalam talian yang di percayai mampu mengaut keuntungan sehingga RM100,000 setiap bulan, selepas menahan tiga lelaki dalam serbuan di dua buah kondominium mewah di sini pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata bertindak hasil maklumat dan risikan yang dijalankan, polis menahan seorang lelaki di sebuah kondominium di Jalan Sultan Azlan Shah di sini pada 9 malam dan merampas tiga kad mesin juruwang automatik (ATM) pelbagai bank, bersamanya.
"Siasatan awal mendapati semua kad itu di percayai digunakan bagi kegiatan penipuan dalam talian dan susulan penahanan suspek, polis menyerbu sebuah lagi kondominium di Persiaran Gurney dan menahan dua lagi lelaki di situ. Kesemua mereka warga tempatan berusia 26 tahun.
"Hasil pemeriksaan di kondominium itu, polis merampas 24 buah telefon bimbit, kad ATM pelbagai bank (35 keping), kad prabayar pelbagai syarikat telekomunikasi (40 keping), komputer riba (dua unit), kad pengenalan disyaki palsu (lima keping), 10 unit 'secure sign token' dari dua buah bank dan slip transaksi deposit bank tempatan," katanya pada sidang akhbat di sini hari ini.
Soffian berkata siasatan awal mendapati, sindiket itu diketuai seorang lelaki warga asing yang berpusat di sebuah negara di rantau ini dan dipercayai ahli sindiket tersebut, berkomunikasi secara dalam talian menerusi aplikasi Telegram.
Soffian berkata sindiket itu, dipercayai telah beroperasi sejak enam bulan lepas dengan purata transaksi antara RM50,000 hingga RM100,000 sebulan, dan tiga suspek tersebut pula dibayar upah RM2,500 hingga RM6,000 sebulan, termasuk komisen 0.3 peratus bagi setiap transaksi yang dilakukan.
Beliau berkata tiga lelaki itu, berperanan terlibat dalam kegiatan pengumpulan kad-kad ATM milik pihak ketiga iaitu 'keldai akaun', bagi tujuan pemindahan wang hasil dari kegiatan penipuan dalam talian.
"Sindiket ini dipercayai mempunyai rangkaian yang luas termasuk di luar negara dan setiap kumpulan mereka mempunyai peranan masing-masing, macam tiga lelaki polis tahan ini, mereka hanya menjalankan tugas memindahkan transaksi wang dalam akaun keldai akaun itu ke akaun lain.
"Manakala kumpulan lain pula, berperanan menghubungi mangsa bagi menjalankan penipuan antaranya tawaran kerja, perkhidmatan seks dan pelaburan tidak wujud, sebelum mereka yang terpedaya memasukkan wang ke akaun diberikan iaitu milik keldai akaun, seterusnya tiga lelaki tersebut mengeluarkan duit (dari keldai akaun) dan memindahkan ke akaun sindiket itu," katanya dan menambah operasi sindiket itu sangat licik.
Soffian berkata pihak polis juga sedang menjalankan siasatan, berhubung lima keping kad pengenalan palsu itu, sama ada ia digunakan untuk kes penipuan dalam talian atau jenayah lain, dan pihaknya turut sedang mengenal pasti pemilik kad ATM bank, yang dirampas dalam siri serbuan tersebut.
Beliau berkata ekoran penahanan tiga lelaki itu, polis berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya 16 kes penipuan dalam talian, membabitkan kerugian puluhan ribu ringgit di daerah Timur Laut dan pihaknya juga sedang giat mengesan dalang serta ahli lain sindiket tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 04 2023
Polis menahan seorang lelaki di sebuah kondominium dan merampas tiga kad mesin juruwang automatik (ATM) pelbagai bank, bersamanya.
Tanpa bantuan kewangan, British Council boleh "lenyap" dalam sedekad
British Council boleh "lenyap" dalam dekad akan datang tanpa campur tangan segera kerajaan, kata ketua eksekutif organisasi itu.
JPJ kutip RM12.5 juta saman tertunggak
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengutip RM12.5 juta saman tertunggak hasil inisiatif tawaran kompaun khas kadar rata RM150 sejak awal Januari.
Israel bebas kumpulan kedua tahanan Palestin di bawah perjanjian gencatan senjata
114 banduan dari Penjara Ofer dipindahkan ke Ramallah, 16 banduan dihantar pulang ke Gaza dan 70 lagi diusir keluar dari Palestin.
Hubungan melangkaui perdagangan dan pelaburan - PM Anwar
Hubungan Malaysia dan China melangkaui perdagangan dan pelaburan, merangkumi pemahaman dan penghormatan bersama terhadap budaya serta tamadun kedua-dua negara.
Bas membawa tahanan Palestin tiba di Ramallah
Bas yang membawa tahanan palestin yang dibebaskan dari Penjara Israel tiba di Ramallah pada Sabtu.
Wanita Israel dibebaskan minggu depan - Hamas
Wanita warga Israel yang menjadi tebusan di Semenanjung Gaza akan dibebaskan minggu depan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 25 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pengangkutan awam percuma selama seminggu di Bangkok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra, mengarahkan khidmat pengangkutan awam diberikan secara percuma di Bangkok selama seminggu bermula hari ini.
Kemboja gesa pakai pelitup muka, elak aktiviti di luar rumah
Kerajaan Kemboja pada Sabtu menggesa orang ramai supaya lebih berhati-hati terhadap pencemaran udara yang tinggi sekali gus menasihati mereka memakai pelitup muka untuk aktiviti luar.
Polis Miri tumpaskan dua sindiket penipuan
Polis berjaya menumpaskan dua sindiket penipuan susulan penahanan 11 individu termasuk seorang wanita dalam serbuan berasingan pada 8 dan 10 Jan lepas.
Pekerja pelantar minyak rugi hampir RM50,000 ditipu sindiket pelaburan tidak wujud
Seorang pekerja pelantar minyak kerugian RM48,905.41 selepas terperdaya dengan tawaran skim pelaburan tidak wujud.
Juruteknik rugi lebih RM444,000 terpedaya ‘job scam’ dalam talian
Mangsa menyedari telah ditipu apabila sehingga kini belum menerima komisen seperti dijanjikan.
Kontraktor rugi lebih RM5.9 juta diperdaya skim pelaburan tidak wujud
Mangsa mula menyertai pelaburan berkenaan pada September lepas selepas tertarik dengan iklan pelaburan menerusi Facebook.
Pelakon China hilang jadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia
Seorang pelakon China yang dilaporkan hilang minggu lalu berhampiran sempadan Thailand-Myanmar dipercayai menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia.
Pengurus syarikat rugi lebih RM100,000 akibat pelaburan tidak wujud
Mangsa ditawarkan dengan pelaburan daripada sebuah syarikat dikenali Clearbridgeleader.com melalui aplikasi WhatsApp pada September lepas.
MCMC turunkan 63,652 kandungan berunsurkan penipuan di media sosial - Teo
Jumlah itu menunjukkan peningkatan ketara, berbanding 6,297 kandungan yang diturunkan pada 2023.
Kontraktor rugi lebih RM100,000 angkara sindiket pelaburan tidak wujud
Mangsa seorang lelaki berusia 60 tahun, telah berkenalan dengan seorang wanita di aplikasi WhatsApp pada 22 November.
Kerani bank rugi lebih RM100,000 terperdaya 'phone scam'
Seorang kerani bank kerugian RM115,950 selepas terperdaya sindiket penipuan melalui telefon atau 'phone scam' yang menyamar sebagai polis dan pendakwa raya.
Mekanik rugi hampir RM1 juta terperdaya pelaburan saham tidak wujud
Mangsa menyedari ditipu selepas diminta buat bayaran tambahan sebanyak RM400,000 lagi jika mahu mengeluarkan keuntungan yang dijanjikan.