Tiga maut dan 23 orang lagi cedera selepas sebuah bas ekspres dan sebuah kereta jenis Proton bertembung di simpang Kg Kiau, Jalan Ranau-Kota Kinabalu, sebelum kedua-dua kenderaan itu terhumban ke
dalam gaung sedalam kira-kira 200 meter.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Belud ASP Jamzani Jubin berkata mereka yang terkorban dikenali sebagai Helena Anag, 49, Petrus Anag, 39, dan Rumex Juari, 26.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Nordin Pauzi berkata kesemua yang terkorban adalah pemandu dan penumpang kereta berkenaan manakala yang cedera terdiri daripada pemandu dan penumpang bas ekspres.
Menurut Nordin kesemua yang cedera berjaya dibawa naik dari gaung dan dihantar ke Hospital Kota Belud dan Hospital Ranau untuk menerima rawatan.
"Operasi menyelamat agak sukar kerana terpaksa mengeluarkan mangsa yang tersepit serta menggunakan peralatan hidraulik untuk memotong kenderaan.
"Kaedah 'High Angel Rescue Technique' digunakan bagi membawa naik mangsa yang cedera dari dalam gaung, yang kebanyakannya menggunakan pengusung dan tali," katanya dalam kenyataan di sini malam Selasa.
Nordin berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira 3.47 petang.
Katanya 112 orang terdiri daripada Special Tactical Operation & Rescue (STORM) dan 25 pegawai dari beberapa balai bomba berhampiran serta 12 anggota pasukan Emergency Medical Rescue Service (EMRS) berserta empat ambulans EMRS terlibat dalam operasi menyelamat berkenaan.
Selain bomba, agensi lain yang terlibat ialah Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan pihak hospital.
Bernama
Tue Dec 01 2015
Operasi menyelamat agak sukar kerana terpaksa mengeluarkan mangsa yang tersepit serta menggunakan peralatan hidraulik untuk memotong kenderaan. - Gambar fail
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Tiga maut, 23 cedera apabila kereta dan bas ekspres jatuh gaung setelah bertembung
Setelah bertembung, kedua-dua kenderaan itu terhumban ke dalam gaung sedalam kira-kira 200 meter.