awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga maut, sembilan cedera dalam kemalangan di Temerloh

Bernama
Bernama
06/12/2015
15:11 MYT
Tiga maut, sembilan cedera dalam kemalangan di Temerloh
Kemalangan pukul 5 petang itu melibatkan sebuah kereta Proton Wira dan MPV jenis Toyota Avanza, turut mengakibatkan sembilan orang cedera termasuk tujuh kanak-kanak. - Gambar Hiasan
Tiga wanita termasuk dua beranak maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 22 Jalan Temerloh-Jerantut berhampiran Kampung Tekal di sini, hari ini.
Menurut Ketua Balai Bomba Temerloh Hashnuddin Hussin, kemalangan pukul 5 petang itu melibatkan sebuah kereta Proton Wira dan MPV jenis Toyota Avanza, turut mengakibatkan sembilan orang cedera termasuk tujuh kanak-kanak.
Mangsa yang meninggal ialah penumpang hadapan dan belakang kereta Proton Wira iaitu Maimunah Mohd Sidek, 62, dan anaknya, Ilyana Abd Kadir, 39.
Seorang lagi yang maut ialah seorang guru yang merupakan penumpang hadapan Toyota Avanza. Nama guru berkenaan dan nama kesemua mangsa yang cedera masih belum diperolehi.
"Kemalangan berlaku apabila kereta yang dinaiki oleh tujuh orang termasuk empat kanak-kanak itu hilang kawalan ketika melalui selekoh di situ sebelum bertembung dengan Toyota Avanza dinaiki lima orang termasuk tiga kanak-kanak.
"Semasa kejadian kereta itu (Proton Wira) dalam perjalanan dari arah Temerloh ke Jengka manakala MPV pula dari arah Jerantut ke Temerloh," katanya ketika dihubungi di sini.
Kemalangan itu turut menyebabkan kedua-dua pemandu kenderaan itu mengalami kecederaan parah dan kesemua kanak-kanak berkenaan cedera ringan.
Menurutnya, mangsa yang maut dan kesemua yang cedera dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah.
Topic Berkaitan
#kemalangan
#proton wira
#temerloh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan