awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga maut, seorang cedera kereta terbabas di LPT

Azee Shafy
Azee Shafy
12/11/2022
04:25 MYT
Tiga maut, seorang cedera kereta terbabas di LPT
Tiga maut dan seorang cedera apabila kenderaan mereka dipercayai terbabas di KM165.8 Lebuhraya Pantai Timur Fasa Satu arah barat, di Maran, hari ini. - Foto ihsan JBPM Pahang
MARAN: Tiga maut manakala seorang kanak-kanak cedera apabila kereta Perodua Kancil yang dinaiki mereka terbabas di kilometer 165.8 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menghala Kuala Lumpur, pagi ini.
Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pada jam 8.10 pagi dan seramai lapan anggota digegaskan ke lokasi kejadian.
"Berikutan kejadian itu, dua wanita dewasa dan seorang lelaki dewasa maut di lokasi kejadian. Manakala seorang kanak-kanak perempuan mengalami kecederaan.
"Pasukan bomba mengeluarkan dua mangsa yang tersepit di bahagian hadapan kereta menggunakan peralatan khas," katanya.
Ujarnya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya manakala kanak-kanak yang cedera diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk rawatan susulan.
Ismail turut berkata, identiti mangsa masih belum diketahui setakat ini.
Topic Berkaitan
#kemalangan maut
#LPT
#JBPM Pahang
#Maran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan