Ia menyaksikan Edward Andrew Luwak bagi Parlimen Serian, Tony Chan Yew Chiew Parlimen Bintulu dan Dr Kelvin Yii Lee Wuen mewakili Parlimen Bandar Kuching.
Pengerusinya, Chong Chien Jen turut umum dua kerusi menyaksikan beliau akan bertanding di Parlimen Stampin sementara Parlimen Mas Gading pula diwakili Mordi Bimol.
Keputusan diumumkan sendiri oleh Chong yang juga selaku Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak selepas mengadakan ceramah di luar perkarangan Pejabat DAP di Batu Kawa, Kuching.
Turut hadir Penasihat DAP Pusat Lim Kit Siang, pengerusi Parti Keadilan (PKR) merangkap timbalan pengerusi PH Sarawak, Baru Bian dan pengerusi Amanah Sarawak, Fidzuan Zaidi.
19 April lalu, DAP Sarawak meletakkan calon mereka di empat kerusi parlimen di zon tengah iaitu Alice Lau di Parlimen Lanang, Ocsar Ling Chai Yew Parlimen Sibu, Wong Lin Biu Parlimen Sarikei dan Parlimen Kapit pula Paren Nyawi.
Keseluruhannya DAP Sarawak akan bertanding di sembilan kerusi Parlilmen pada 9 Mei nanti.
P.192 (Mas Gading) Modi Bimol
P. 195 (Bandar Kuching) Dr Kelvin Yii
P. 196 (Stampin) Chong Chien Jen
P. 199 (Serian) Edward Andrew Luwak
P. 208 (Sarikei) Wong Lin Biu
P. 211 (Lanang) Alice Lau Kiong Yieng
P. 212 (Sibu) Ocsar Ling Chai Yew
P. 215 (Kapit) Paren Nyawi
P. 217 (Bintulu) Tony Chan Yew Chiew