awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia teruskan peningkatan dipacu belian saham murah
200 veteran ATM dijangka sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga negara sedia terima kembali 89 kontena sampah tersadai di Malaysia

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
03/10/2019
05:31 MYT
Tiga negara sedia terima kembali 89 kontena sampah tersadai di Malaysia
Bee Yin mengakui, prosedur agak rumit bagi memulangkan semula kontena terbabit dan dijangka mengambil masa kira-kira enam minggu dan selesai sebelum akhir tahun ini. - Gambar Astro AWANI
Sebanyak tiga buah negara sudah bersetuju untuk menerima kembali 89 kontena mengandungi sisa plastik dan sampah yang tersadai di pelabuhan di negara ini.
Menurut Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC), Yeo Bee Yin, tiga negara terbabit adalah antara beberapa negara asal kontena yang sudah dihubungi untuk tujuan berkenaan.
“Kita telah tahu di mana negara asal dan kita telah menghubungi duta-duta yang berkenaan, dan tiga daripada negara ini saya tak boleh umumkan hari ini tetapi tiga negara ini sudah bersetuju untuk mendapatkan balik tanpa sebarang kos daripada pihak kita” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis pelancaran MCIS Life, jenama insurans yang dahulunya dikenali sebagai MCIS Insurance Berhad, di Petaling Jaya, hari ini.
Bagaimanapun, Bee Yin menyifatkan bahawa prosedurnya agak rumit bagi memulangkan semula kontena terbabit dan ia dijangka mengambil masa kira-kira enam minggu dan selesai sebelum akhir tahun ini.
“Pertama kita perlu tahu kontena dari mana lepas itu dan daripada siapa, selepas itu kita akan berhubung dengan Konvensyen Basil, kemudian mereka perlu setuju.
"Sekarang kita di status dimana mereka telah bersetuju dan kemudian mereka akan menghantar dokumen kepada kita," kata beliau lagi.
Dalam masa sama, Bee Yin juga tidak menolak kemungkinan bahawa selain Pelabuhan Klang dan Pulau Pinang, masih ada kontena berisi sisa plastik serta sampah di pelabuhan lain di negara ini termasuk di Sarawak.
Topic Berkaitan
#MCIS Insurance Berhad
#MCIS Life
#MESTECC
#Yeo Bee Yin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan