PEKAN: Tiga negeri terjejas banjir pada Sabtu berbanding hanya dua pada hari sebelumnya.

Portal InfoBanjir di Pusat Kawalan Bencana Negara (Nadma) memaklumkan banjir di Perak, Pahang dan Terengganu menyebabkan jumlah keseluruhan penduduk yang dipindahkan adalah sebanyak 737 mangsa.

Sehingga jam 9 pagi Sabtu, 12 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka untuk menempatkan mangsa daripada 207 keluarga.

Pahang mencatatkan paling ramai mangsa yang dipindahkan iaitu 346 orang di empat PPS.

Manakala di Terengganu, empat daerah terjejas menyebabkan 339 mangsa dipindahkan di tujuh PPS yang diaktifkan.

Di Perak pula, masih terdapat 51 mangsa di satu PPSmembabitkan 10 keluarga.

Ramalan hujan lebat sehingga esok oleh MetMalaysia sebelum ini dijangka mengakibatkan bilangan mangsa banjir dan kawasan terjejas meningkat.