awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga nelayan sanggup terjun laut elak dicekup Maritim Malaysia

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
15/01/2019
10:28 MYT
Tiga nelayan sanggup terjun laut elak dicekup Maritim Malaysia
Bot dinaiki tiga nelayan itu dikesan memukat ikan secara haram menggunakan pukat rawa surong pada jarak 0.3 batu nautika barat Kuala Dulang Kecil, dekat Yan Kedah.
Tiga nelayan sanggup menggadai nyawa dengan bertindak terjun ke laut dan berenang ke tepi pantai sebelum melarikan diri ke dalam hutan.
Ketiga-tiga lelaki itu panik sebaik sahaja terlihat bot peronda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Kedah pada selasa.
Bot dinaiki tiga nelayan itu dikesan memukat ikan secara haram menggunakan pukat rawa surong pada jarak 0.3 batu nautika barat Kuala Dulang Kecil, dekat Yan Kedah.
Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah Komander Maritim Mahmad Faizal Ahmad berkata, hasil pemeriksaan merampas peralatan menangkap ikan, enjin beserta bot dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM35,000.
Katanya, bot itu kemudian di bawa ke Jeti Pangkalan Maritim Kuala Kedah untuk tindakan lanjut.
"Aktiviti menangkap ikan dengan mengguna pukat rawa sorong ini salah disisi undang-undang kerana ia menjejaskan ekosistem hidupan laut," katanya.
Topic Berkaitan
#APMM
#haram
#Kedah
#Malaysia
#Maritim Malaysia
#nilai
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan