Tiga pakej lawatan berpandu iaitu 'Kelantan Sightseeing Tour', 'Kelantan Panaromic Tour' dan 'Kelantan Saturday Fun' yang akan dilancarkan pada 15 Sept ini, dijangka akan menyemarakkan lagi sektor pelancongan di Kelantan.
Ketua Zon Timur Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) Mimi Rodiah Abd Rahmat berkata, untuk tujuan itu seramai tujuh pemandu pelancong dilantik bagi memberi penerangan mengenai semua destinasi yang dilawat.
Menurut beliau, kesemua mereka yang dipilih daripada 21 pemandu pelancong berlesen di negeri itu berdasarkan kepada pengetahuan yang luas mengenai lokasi, mahir dalam pelbagai bahasa terutamanya bahasa Inggeris, selain fokus kepada bidang yang diceburi.
"Pakej yang bakal dilancarkan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan Dan Pelancongan Negeri Kelantan Datuk Mejar (B) Md Anizam Ab Rahman pada 15 Sept itu, diharap mampu menjana pendapatan kepada penduduk di sini.
"Dalam masa sama, pakej ini turut membantu pemandu pelancong menjana pendapatan dan menyemarakkan lagi industri pelancongan domestik, khususnya di negeri ini yang suram akibat COVID-19," katanya kepada pemberita selepas majlis pra-pelancaran pakej itu di sini, pada Khamis.
Mimi Rodiah berkata, pakej-pakej lawatan tersebut bertujuan menarik pelancong domestik untuk melancong melalui pakej beserta pemandu pelancong.
"Melalui pakej ini pelancongan akan lebih berkesan berikutan setiap lokasi yang dilawati akan mempunyai nilai penceritaan yang sangat menarik, yang tidak akan diperoleh jika melancong tanpa pemandu pelancong.
"Bayaran yang dikenakan ialah RM80 bagi dewasa dan RM40 bagi kanak-kan berusia antara empat hingga 11 tahun. Namun, bermula hari ini hingga 31 Dis, kita sediakan promosi separuh harga untuk kedua-duanya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 10 2020
Pasar terapung di Pengkalan Datu, Sering, Kota Bharu, merupakan antara destinasi pelancongan di Kelantan. - Gambar hiasan
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
AWANI Ringkas: Amaran hujan tahap waspada sehingga Jumaat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
KWSP peruntuk RM97 bilion bagi pelaburan domestik pada 2023 - MoF
KWSP peruntuk RM97 bilion atau 83 peratus daripada jumlah peruntukan dana untuk pelaburan domestik pada tahun ini.
Kejelasan dasar penting untuk raih keyakinan pelabur asing, domestik - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kejelasan dasar penting untuk meraih keyakinan pelabur asing dan juga domestik.
Air Selangor harap pelarasan tarif air dilaksanakan secepat mungkin
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menyatakan harapan agar pelarasan tarif air bagi kategori domestik dapat dilaksanakan secepat mungkin.
Tarif air domestik di Semenanjung dan Labuan kekal, bukan domestik dilaraskan
Faktor peningkatan kos sara hidup yang dihadapi rakyat pada waktu ini turut mendapat perhatian Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA).
GDEX alami kerugian bersih RM1.9 juta pada suku pertama 2022
GDEX Bhd merekodkan kerugian bersih sebanyak RM1.9 juta berbanding keuntungan bersih RM5.58 juta
Pelabur asing kembali jual RM56.9 juta ekuiti minggu lalu
Laporan menunjukkan, pelabur runcit kekal menjadi pembeli bersih bagi minggu kelima berturut-turut sebanyak RM234.8 juta.
Perjalanan udara naik sedikit pada Jun 2021 - IATA
Prestasi permintaan penumpang pada Jun 2021 menunjukkan sedikit peningkatan dalam pasaran perjalanan udara antarabangsa dan domestik.
IATA: Permintaan perjalanan udara catat peningkatan kecil pada Mei 2021
Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) mengumumkan permintaan perjalanan antarabangsa dan domestik mencatatkan sedikit peningkatan pada Mei 2021 berbanding bulan sebelumnya.
9.1 juta pelanggan TNB nikmati diskaun bil elektrik di bawah PEMULIH
TNB memaklumkan pemberian diskaun antara lima hingga 40 peratus akan dinikmati 7.4 juta pengguna domestik.
Kerajaan memperuntukkan RM147.1 bilion bantu PKS, sejak 2020 - PM
Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM147.1 bilion khusus untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menerusi beberapa pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan sejak 2020.