JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah melengkapkan dan menyerahkan hasil siasatan kes tiga pegawai Mara Corporation Sdn Bhd (Mara Corp) yang terlibat salah guna kuasa dan salah urus syarikat kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).
Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya yakin ketiga-tiga suspek berkenan akan dituduh di mahkamah dalam masa terdekat.
"Kita telah melengkapkan siasatan mengenai dakwaan salah guna kuasa dan salah urus Mara Corp dan telah kemukakan kepada AGC sebelum ini. Jadi, kita akan tunggu keputusannya tidak lama lagi.
"Saya percaya keputusannya nanti akan berakhir dengan pertuduhan kepada pihak yang kita cadangkan. Yang terbabit itu tiga orang, namun kita serahkan kepada AGC untuk menghalusinya lagi sama ada tiga dipertuduhkan atau sebahagian daripadanya," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Perbarisan Tamat Latihan Khusus Asas Pegawai SPRM Siri 25 Bilangan 1/2021 (Penolong Penguasa Gred P29) di Padang Kawad, Kompleks SPRM Johor di sini, pada Khamis.
Hadir sama, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya; Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan), Datuk Seri Norazlan Mohd Razali dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme), Datuk Junipah Wandi.
Azam sebelum ini dilaporkan berkata, setakat ini hanya lima pegawai kanan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) itu dipanggil untuk dirakam keterangan.
ARTIKEL ASAL DISIARKAN DI SINAR HARIAN
Sinar Harian
Thu Mar 31 2022
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya yakin ketiga-tiga suspek berkenan akan dituduh di mahkamah dalam masa terdekat. - Gambar fail
Rumah kebajikan warga emas dipukul tidak berdaftar - Nancy
Rumah kebajikan dihuni warga emas yang dipukul dengan kayu di Taman Desa Aman, Padang Serai, Kedah didapati tidak berdaftar dengan JKM.
Pasangan beregu badminton Soon Huat-Shevon kongsi gambar praperkahwinan
Pasangan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, hari ini berkongsi gambar praperkahwinan mereka, yang dijangka akan dilangsungkan tidak lama lagi.
Kementerian Perpaduan lancar Inisiatif Harmoni Madani
Kementerian Perpaduan Negara hari ini melancarkan Inisiatif Harmoni Madani.
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.
Apple dalam perbincangan guna teknologi OpenAI dalam iOS 18 - Laporan
iOS 18 akan membawakan perubahan paling besar untuk sistem operasi iPhone tahun ini dan integrasi sistem AI akan akhirnya didedahkan.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN pamer komitmen tinggi pastikan kemenangan calon - Loke
BN menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kemenangan calon PH, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Empat maut, dua pacuan empat roda bertembung
Empat individu maut dalam kemalangan melibatkan dua pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu-Gua Musang tengah malam tadi.
Uqasha Senrose selamat bersalin, beri nama anak Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Proses penamaan calon lancar - Polis Selangor
Proses penamaan calon bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.
TalentCorp, MARA Corp jalin kerjasama bangun modal insan kompetitif
MoU tersebut disaksikan oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan dan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Isu MARA Corp: Ujian keikhlasan PN memperjuangkan ekonomi Melayu
MARA Corp tertakluk kepada Akta Syarikat 2016, makanya, apa-apa perubahan jawatan di peringkat tertinggi haruslah disahkan oleh Lembaga Pengarah dan Majlis MARA.
Maszlee Malik dilantik Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Mara Corp
Jawatankuasa Penasihat ini ditubuhkan bagi memastikan Mara Corp berperanan sepertimana yang dihasratkan.