awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
PM Anwar pengerusikan Mesyuarat MB dan KM, perkukuh penyelarasan Kerajaan Pusat-Negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga pelajar antara 18 ditahan terlibat parti liar di Melaka

Bernama
Bernama
18/10/2021
02:43 MYT
Tiga pelajar antara 18 ditahan terlibat parti liar di Melaka
Kesemua 14 lelaki, pelajar perempuan serta tiga wanita berusia lingkungan 15 hingga 24 tahun itu ditahan dalam serbuan kira-kira 1.25 pagi. - Gambar hiasan
MELAKA: Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah serta seorang pelajar lelaki dan perempuan institusi pengajian tinggi (IPT) antara 18 individu ditahan selepas terlibat dalam parti liar di sebuah inap desa di Alai, di sini awal pagi semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri Supt Zulkiflee Rashid berkata kesemua 14 lelaki, pelajar perempuan serta tiga wanita berusia lingkungan 15 hingga 24 tahun itu ditahan dalam serbuan kira-kira 1.25 pagi.
"Tiga pelajar terbabit antara 13 individu yang didapati positif dadah jenis methamphetamine dan ganja menerusi ujian saringan air kencing yang dijalankan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata ketika serbuan, kesemua individu berkenaan sedang leka dan khayal selain polis menemukan pembesar suara dipercayai untuk berparti.
Menurut Zulkiflee hasil pemeriksaan lanjut, dua daripada mereka turut didapati memiliki satu bungkusan plastik lut sinar dipercayai pil ekstasi seberat 0.45 gram dan satu ketulan mampat ceraian daun kering dadah jenis ganja seberat 2.60 gram.
Beliau berkata kedua-duanya direman empat hari hingga 20 Okt ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 12(3) dan Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
"Kesemua individu lain yang didapati positif dadah hasil saringan awal air kencing itu pula disiasat mengikut Seksyen 15 (1)(a) ADB 1952," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#parti liar
#Dadah
#pelajar
#inap desa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan