awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga pelajar Malaysia raih anugerah utama pada pertandingan di Korea Selatan

Bernama
Bernama
31/07/2019
22:45 MYT
Tiga pelajar Malaysia raih anugerah utama pada pertandingan di Korea Selatan
Melalui pertandingan itu, pelajar bukan sahaja diuji dengan pengetahuan standardisasi dari perspektif teori, tetapi juga mengintegrasikan kreativiti, pengetahuan saintifik dan teknologi. - Gambar hiasan
Tiga pelajar Malaysia dari Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Tun Abdul Razak, Pekan, Pahang, memenangi anugerah utama untuk pasukan terbaik pada pertandingan Olimpiad Standard Antarabangsa ke-14 yang diadakan di Anseong, Korea Selatan.
Farhah Batrisyia Abdul Rahim, Nur Amalina Diyana Azman dan Nur Isyirah Zulkafli, bersama guru mereka Rose Nabiella Muhd Rusli, berjaya meraih Anugerah Perdana Menteri Republik Korea, dan membawa pulang hadiah wang tunai KRW2000,000 (RM6,958.33).
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dalam satu kenyataan berkata pasukan itu berjaya mengalahkan 48 pasukan lain. Sembilan negara iaitu China, Ecuador, Indonesia, Jepun, Kenya, Korea Selatan, Malaysia, Peru dan Singapura mengambil bahagian dalam pertandingan itu.
Sementara itu, pasukan lain dari Malaysia, Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu, Kuala Berang, Terengganu, menerima Anugerah Khas Institut Penilaian Teknologi Industri Korea (KEIT) untuk prestasi baik dalam penulisan dokumen standard/teknikal, persembahan lisan dan semangat berpasukan.
Menurut kenyataan, para pelajar itu dicabar untuk menghasilkan dokumen standard/teknikal mengenai topik - Robot untuk Penggunaan Rumah - Kriteria Prestasi dan Kaedah Ujian Berkaitan untuk Dry Cleaning Robot (Kategori Sekolah Menengah) dan Unmanned Aerial Vehicle - Performance Criteria dan Test Method of Camera Drone (Middle School Category).
Melalui pertandingan yang dianjurkan oleh Agensi Teknologi dan Standard Korea (KATS) dan Persatuan Standard Korea (KSA), pelajar bukan sahaja diuji dengan pengetahuan standardisasi dari perspektif teori, tetapi juga mengintegrasikan kreativiti, pengetahuan saintifik dan teknologi, mewujudkan peluang dinamik dan menarik di kalangan generasi muda ini untuk meneroka dunia standardisasi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anseong
#Anugerah Perdana Menteri Republik Korea
#guru
#Korea Selatan
#Olimpiad Standard Antarabangsa
#pelajar
#pertandingan
#robot
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan