awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga pemandu van sekolah ditahan curi motosikal

Bernama
Bernama
05/02/2025
23:30 MYT
Tiga pemandu van sekolah ditahan curi motosikal
Menurut Mohd Azam, pemilik motosikal telah meninggalkan kenderaannya di lokasi kejadian pada 8 pagi, 28 Jan dalam keadaan berkunci sebelum menyedari kehilangan pada 3.30 petang, 2 Feb. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Tiga pemandu van sekolah ditahan kerana disyaki mencuri sebuah motosikal di kawasan parkir di hadapan Plaza Flamingo, Hulu Kelang, Ampang Jaya pada 29 Jan lepas.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata ketiga-tiga suspek lelaki berusia 61, 52 dan 50 tahun itu ditahan pada 3 Feb lepas.
"Ketiga-tiga suspek itu ditahan di sekitar Lembah Klang dan sebuah van sekolah dipercayai digunakan semasa kejadian turut dirampas," katanya dalam kenyataan semalam.
Beliau berkata mereka dipercayai mengangkat dan memasukkan motosikal itu ke dalam van milik seorang daripada suspek untuk dilarikan.
"Motosikal itu diserahkan kepada suspek berusia 52 tahun bagi kegunaan bekerja," katanya.
Menurut Mohd Azam, berdasarkan laporan, pemilik motosikal itu telah meninggalkan kenderaannya di lokasi kejadian pada 8 pagi, 28 Jan dalam keadaan berkunci sebelum menyedari kehilangan pada 3.30 petang, 2 Feb.
Beliau berkata ujian air kencing mendapati dua daripada mereka positif dadah dan ketiga-tiganya direman hingga Jumaat ini bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemandu van sekolah
#curi motosikal
#Mohd Azam Ismail
#Plaza Flamingo Hulu Kelang Ampang Jaya
#Polis Daerah Ampang Jaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan