awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga peniaga didakwa seludup PATI

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
22/12/2021
07:09 MYT
Tiga peniaga didakwa seludup PATI
Tiga peniaga dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Alor Setar atas pertuduhan menyeludup pendatang asing tanpa izin (PATI) di Plaza Tol Hutan Kampung, 26 November lalu. - Gambar Astro AWANI
ALOR SETAR: Tiga peniaga dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Alor Setar hari ini atas pertuduhan menyeludup pendatang asing tanpa izin (PATI) di Plaza Tol Hutan Kampung, 26 November lalu. ' Cheah Jui Huat, 50, Lee Kean Chuan, 40, dan Ling Khay Sing, 42, didakwa mengikut Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.
Mengikut pertuduhan yang dibaca berasingan, ketiga-tiga tertuduh didakwa menjalankan penyeludupan migran di Plaza Tol Hutan Kampung pada jam 9.25 pagi 26 November lalu.
Ketiga-tiga tertuduh memandu tiga buah kereta berasingan iaitu Proton Saga BLM, Proton Exora dan Proton Wira dimana membawa 12 perempuan dan lima lelaki PATI warga Myanmar.
Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 5 tahun atau denda tidak lebih dari RM250,000 atau kedua-duanya.
Bagaimanapun, ketiga-tiga tertuduh tidak mengaku salah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Sharifah Norazlita Syed Salim Idid.
Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Syaliati Mohd Sobri manakala ketiga-tiga tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah tidak membenarkan ketiga-tiga tertuduh diikat jamin dan menetapkan 26 Januari depan untuk sebutan semula kes.
Topic Berkaitan
#tiga peniaga didakwa
#seludup PATI
#Plaza Tol Hutan Kampung
#Alor Setar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan