Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhi hukuman penjara terhadap tiga lelaki warga Filipina atas kesalahan menjual telur penyu secara haram di kawasan Bandar Sandakan pada 7 Ogos lepas.
Abdul Rasah, 60, Alkubar Hamjan, 33, dan Abdul Rahman Ebnul, 34, masing-masing dihukum penjara setahun; 14 bulan; dan 20 bulan bermula hari ini.
Hakim Ummu Kalthom Abdul Samad menjatuhi hukuman itu selepas ketiga-tiga tertuduh mengaku salah dan mengambil kira faktor kepentingan awam serta implikasi penjualan telur penyu boleh menyebabkan kepupusan spesies penyu hijau.
Beliau turut memerintahkan setelah selesai menjalani hukuman, Abdul, Alkubar dan Abdul Rahman yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri, diserahkan kepada Jabatan Imigresen.
Pertuduhan dilakukan mengikut Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 dan boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM50,000 dan tidak lebih daripada RM250,000 dan penjara tidak kurang daripada setahun dan tidak lebih daripada lima tahun.
Terdahulu, Pengawai Pendakwa Raya Jabatan Hidupan Liar Sabah Abdul Karim Dakong meminta mahkamah memberi hukuman dengan mengambil kira kepentingan awam dan sebagai pengajaran kepada mereka yang menjual telur penyu secara haram khususnya di Bandar Sandakan.
Abdul, Alkubar dan Abdul Rahman ditahan dalam satu operasi bersepadu oleh Jabatan Hidupan Liar Sandakan, Pasukan Polis Marin dan Unit Penguat Kuasa Majlis Perbandaran Sandakan.
Abdul ditahan pada 11.30 pagi di Jalan Prayer Bandar Sandakan dan Alkubar ditahan di kawasan sama pada 12.15 tengah hari masing-masing bersama 23 dan 83 biji telur penyu, manakala Abdul Rahman pula ditahan pada 11.30 pagi di hadapan hentian bas Wisma Khoo Jalan Buli Sim-Sim bersama 130 biji penyu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 06 2017
Mahkamah Sesyen menjatuhi hukuman penjara terhadap tiga lelaki warga Filipina atas kesalahan menjual telur penyu secara haram di kawasan Bandar Sandakan pada 7 Ogos lepas. -Bernama
AWANI Ringkas: Menteri Besar Perlis beri keterangan kepada SPRM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki bunuh kekasih terlepas hukuman gantung, ganti jel 30 tahun
Seorang penyelenggara stor yang membunuh teman wanitanya dengan menjerut leher menggunakan kain tudung terselamat daripada tali gantung.
Empat lelaki ditahan bantu siasatan kes gaduh di kuil
Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek lain sedang giat dijalankan.
Pencarum perlu upskill dan reskill untuk tingkatkan jumlah wang persaraan - Pakar
Beliau berkongsi pandangan dalam program Niaga AWANI pada Selasa. Antara lain, beliau menasihatkan agar pencarum tingkatkan juga literasi kewangan.
[TERKINI] SPRM sahkan MB Perlis diambil keterangan
Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya bagi membantu siasatan kes melibatkan anak lelakinya.
Biotoksin masih tinggi, penternak diminta jangan jual kupang - Jabatan Perikanan
Ujian makmal turut mendapati sampel air dan kupang di perairan tersebut dicemari alga spesies 'Alexandrium' yang berbahaya kepada manusia.
Bintang 'Spider-Man' Tom Holland zahir hasrat kahwini aktres Zendaya
Bintang Spider-Man itu dikatakan sudah berbincang dengan Zendaya untuk berkahwin.
Kes lelaki Israel: Kertas siasatan 10 suspek akan dirujuk AGC minggu ini
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, perbincangan akan diadakan bagi membuat keputusan terhadap tindakan lanjut yang akan dikenakan terhadap suspek terlibat.
Raja Charles III kembali jalani tugas awam selepas rawatan kanser
Raja Britain, Raja Charles III kembali menjalankan tugas awam selepas kesan positif rawatan kansernya.
LHDN pergiat ‘buru’ syarikat, individu culas bayar cukai
Ujar beliau, LHDN sentiasa memantau data-data sedia ada untuk tindakan sewajarnya.
Tiga penjual telur penyu dihukum penjara
Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhi hukuman penjara terhadap tiga lelaki warga Filipina atas kesalahan menjual telur penyu secara haram di kawasan Bandar Sandakan pada 7 Ogos lepas.