awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga penyelidik UniMAP harumkan nama negara di Romania

Bernama
Bernama
11/05/2025
09:30 MYT
Tiga penyelidik UniMAP harumkan nama negara di Romania
Tiga penyelidik UniMAP meraih Pingat Emas dan Anugerah Khas di Pameran Kreativiti dan Inovasi Eropah (EUROINVENT) 2025 di Romania. - Foto Universiti Malaysia Perlis
KANGAR: Tiga penyelidik Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa selepas berjaya meraih Pingat Emas dan Anugerah Khas pada Pameran Kreativiti dan Inovasi Eropah (EUROINVENT) 2025 di Iasi, Romania.

Ringkasan AI
  • Tiga penyelidik UniMAP meraih Pingat Emas dan Anugerah Khas di Pameran Kreativiti dan Inovasi Eropah (EUROINVENT) 2025 di Romania.
  • Penyelidik ini memperkenalkan teknologi biokomposit hibrid mesra alam, permukaan antikotoran pintar, dan penderia gas daripada bahan buangan kelapa sawit, menarik perhatian juri antarabangsa.
  • Mereka turut diberikan penghormatan sebagai pembentang jemputan di Persidangan Antarabangsa Penyelidikan Inovatif (ICIR), yang menyaksikan lebih 148 artikel penyelidikan diterbitkan.

Naib Canselor UniMAP Prof Datuk Zaliman Sauli berkata kejayaan membanggakan itu dicapai Prof Madya Rozyanty Rahman, Prof Madya Dewi Suriyani Che Halin dan Prof Madya Muhammad Mahyiddin Ramli, yang masing-masing membentangkan hasil penyelidikan dan inovasi sehingga menarik perhatian juri antarabangsa pada pameran inovasi berprestij dari 8 hingga 10 Mei itu.
"Ketiga-tiga mereka bukan sahaja dianugerahkan Pingat Emas, tetapi turut menerima Anugerah Khas EUROINVENT, Anugerah Khas Poland dan Anugerah Khas Taiwan atas kecemerlangan dan kebolehgunaan inovasi yang diketengahkan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Zaliman berkata produk inovasi yang diketengahkan Rozyanty ialah biokomposit hibrid mesra alam dengan keupayaan pemulihan diri untuk tangki penyimpanan bahan api bawah tanah, manakala Dewi Suriyani membentangkan inovasi permukaan antikotoran iaitu modifikasi permukaan pintar TiO2 serta inovasi Muhammad Mahyiddin pula adalah penderia gas daripada bahan buangan pokok kelapa sawit.
Beliau berkata lebih membanggakan ketiga-tiga penyelidik itu turut diberikan penghormatan sebagai pembentang jemputan pada Persidangan Antarabangsa Penyelidikan Inovatif (ICIR) kali ke-11 yang turut dianjurkan bersama UniMAP.
"Persidangan ini menyaksikan sebanyak 148 artikel penyelidikan diterima dan diterbitkan dalam beberapa jurnal terindeks serta prosiding akademik, mencerminkan tahap kualiti dan impak penyelidikan yang dibawa oleh peserta-peserta antarabangsa," katanya.
EUROINVENT 2025 dianjurkan Romanian Inventors Forum bersama Europe Direct Iasi yang menghimpunkan lebih 25 negara termasuk negara-negara dari Eropah, Asia dan Timur Tengah menjadi platform penting bagi penyelidik, pencipta dan ahli akademik antarabangsa untuk mempamerkan hasil ciptaan, menilai potensi komersial serta menjalin kolaborasi merentas sempadan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penyelidik UniMAP
#Universiti Malaysia Perlis
#raih pingat emas
#EUROINVENT
#Romania
#kelapa sawit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami