awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Enam murid di Kota Tinggi disahkan hidap tibi
Bekas kapten Terengganu Zulharisam Awang meninggal dunia
UK lapor 36 kes berisiko keracunan susu formula bayi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga premis kotor diarah tutup

Sinar Harian
Sinar Harian
20/02/2024
04:40 MYT
Tiga premis kotor diarah tutup
DBKL memeriksa 58 premis dalam Operasi Sepadu Bersih di sekitar ibu negara. -Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan tiga arahan penutupan premis makanan serta 65 kompaun pelbagai kesalahan selepas memeriksa 58 premis dalam Operasi Sepadu Bersih di sekitar ibu negara.
Menurut DBKL dalam satu kenyataan, operasi dijalankan di sekitar Jalan Genting Klang di Parlimen Setiawangsa, Jalan Maktab di Parlimen Titiwangsa, Taman Mastiara di Parlimen Batu, KL East Mall di Parlimen Wangsa Maju, Taman Bukit Anggerik di Parlimen Bandar Tun Razak, dan Jalan Rimbunan Raya 1 di Parlimen Kepong.
"Tiga premis dikenakan tindakan arahan penutupan di bawah UUK 28(1) Undang-Undang Kecil Pelesenan Petempatan Makanan (WPKL) 2016.
"Selain itu, sebanyak 65 kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Petempatan Makanan (WPKL) 2016, Undang-undang Kecil Pengendali Makanan 1979 dan Akta Kerajaan Tempatan 1976.
"Pelbagai kesalahan bersabit aspek kebersihan, petugas serta persekitaran premis telah dikenakan tindakan," kata kenyataan itu di laman Facebook DBKL, pada Selasa.
Dalam pada itu, DBKL turut memaklumkan akan meneruskan tindakan seumpama ini dari semasa ke semasa bagi memastikan pengusaha premis makanan mematuhi kehendak kesihatan yang telah ditetapkan. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#DBKL
#premis kotor
#Operasi Sepadu Bersih
#Arahan penutupan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan