awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 hektar hutan tanah gambut di Muar terbakar
Suhu rendah luar biasa di Florida jejaskan jadual misi angkasawan NASA ke bulan
Keharmonian sambutan upacara keagamaan cerminan kebersamaan rakyat Malaysia - Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga remaja tidak pulang rumah selepas keluar ke kelas silat

Sinar Harian
Sinar Harian
14/05/2024
09:46 MYT
Tiga remaja tidak pulang rumah selepas keluar ke kelas silat
Dua daripada tiga remaja yang dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas dipercayai keluar untuk mengikuti latihan silat di sebuah sekolah menengah sejak Jumaat lalu. -Foto Sinar Harian
RANAU: Tiga remaja perempuan dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas dipercayai keluar untuk mengikuti latihan silat di sebuah sekolah menengah di sini sejak Jumaat lalu.
Tiga remaja dikenali sebagai Valensia Mail, 15; Roxanne Abbygail Richard, 13, dan Christivy Holyen Hamdy, 13, dilaporkan keluar dari rumah mereka di Kampung Kaingaran pada jam 7.30 pagi.
Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintenden Simiun Lomudin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan mereka daripada ahli keluarga salah seorang remaja tersebut pada jam 8.48 malam Isnin.
"Pihak polis menerima laporan pengadu bahawa ketiga-tiga remaja itu yang keluar pada 10 Mei lalu dengan alasan mengikuti latihan silat sebuah sekolah.
"Bagaimanapun, sehingga laporan polis dibuat, ketiga-tiga remaja belum kembali ke rumah," katanya ketika dihubungi pada Selasa.
Menurut Simiun, siasatan mendapati kali terakhir mereka dilihat orang awam kira-kira jam 8.30 pagi di Pekan Ranau pada Isnin ketika turun dari sebuah bas mini berwarna putih.
"Ketiga-tiga pelajar itu kemudiannya dijemput oleh seorang lelaki yang menaiki kereta jenis Perodua Viva yang dipercayai menggunakan nombor plat palsu," katanya.
Sehubungan itu, Simiun berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai tiga remaja tersebut diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) Ranau di talian 088-875222 atau menghubungi mana-mana balai polis berhampiran dengan segera. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#latihan silat
#remaja hilang
#Valensia Mail
#Roxanne Abbygail Richard
#Christivy Holyen Hamdy
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan