awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wisma Putra sahkan Nadia Kesuma yang hilang di Jeddah meninggal dunia
5,500 hadir konsert amal M. Nasir di UPSI
Perjanjian antara Aeroline-Corus KLCC tamat dengan penutupan hotel
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga rumah di Gemencheh rosak, 10 pokok tumbang akibat ribut

Bernama
Bernama
09/05/2022
15:47 MYT
Tiga rumah di Gemencheh rosak, 10 pokok tumbang akibat ribut
Hujan lebat berserta ribut menyebabkan tiga rumah penduduk di Kampung Gedok, Gemencheh, mengalami kerosakan petang tadi. - Foto FB/Penyelaras DUN Gemencheh
SEREMBAN: Hujan lebat berserta ribut menyebabkan tiga rumah penduduk di Kampung Gedok, Gemencheh, dekat sini mengalami kerosakan petang tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gemencheh Norfaizal Ahmad berkata kejadian pada pukul 4.50 petang itu, mengakibatkan sebahagian bumbung rumah penduduk tercabut diterbangkan angin kuat selain ada rumah yang ditimpa pokok tumbang.
"Ribut turut menyebabkan 10 pokok tumbang di jalan utama Gemencheh-Gemas dan jalan Kampung Gedok membuatkan kawasan itu ditutup sementara. Namun, kerja-kerja pengalihan pokok telah dijalankan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Bagaimanapun, beliau berkata tiada mangsa dilaporkan cedera setakat ini.
Norfaizal berkata butiran keadaan rumah yang terjejas telah diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan untuk tindakan selanjutnya dan menasihatkan penduduk supaya sentiasa berjaga-jaga dengan bahaya elektrik serta runtuhan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hujan lebat
#ribut
#rumah rosak
#gemencheh
#Kampung Gedok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan