awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga rumah kedai sederet di Parit Buntar terbakar awal pagi

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
06/08/2022
00:40 MYT
Tiga rumah kedai sederet di Parit Buntar terbakar awal pagi
Tiga rumah kedai sederet di Pekan Parit Buntar terbakar awal pagi. - Foto JBPM
PARIT BUNTAR: Tiga buah kedai sederet di Jalan Tepi Sungai, Pekan Parit Buntar terbakar dalam kejadian yang berlaku awal pagi ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, mereka menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 1.21 pagi.
Menurutnya, kebakaran melibatkan tiga buah rumah kedai kelas B yang setiap satu berkeluasa 40 X 40 kaki persegi.
“Kedai pertama musnah 60 peratus, kedua 70 peratus manakala ketiga tiga peratus, tiada mangsa dilaporkan terlibat,” katanya dalam kenyataan pagi ini.
Tiga rumah kedai sederet di Pekan Parit Buntar terbakar awal pagi. - Foto JBPM
Tiga rumah kedai sederet di Pekan Parit Buntar terbakar awal pagi. - Foto JBPM
Menurut jurucakap itu lagi, operasi pemadaman dilakukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Parit Buntar dengan bantuan anggota BBP Kuala Kurau, Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Parit Buntar, PBS Bagan Tiang, PBS Sungai Jawi, PBS Nibong Tebal, PBS Tanjung Piandang dan PBS Bagan Serai.
“Jentera A1-29 Parit Buntar menggunakan dua aliran, 200 kaki, dua pancutan dari tangki jentera, sumber dari pili bomba dan sungai manakal jentera A1-32 Kuala Kurau menggunakan satu aliran, 100 kaki, dua pancutan sehingga api dipadamkan sepenuhnya,” ujarnya.
Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Ahmad Rossyed Isa tamat jam 5.33 pagi.
Topic Berkaitan
#kebakaran
#kedai
#mangsa
#Ahmad Rossyed Isa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan