WASHINGTON: Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) pada Selasa meluluskan resolusi kuasa perang yang mengarahkan Presiden Donald Trump menarik balik tentera AS daripada permusuhan dengan Iran, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Dewan itu meluluskan H. Con. Res. 93 melalui undian 220-204.
Tujuh anggota Republikan mengundi menyokong resolusi itu yang dikemukakan oleh anggota Dewan Perwakilan daripada Parti Demokrat, Seth Moulton.
Ini merupakan kali ketiga Dewan Perwakilan meluluskan resolusi kuasa perang yang serupa.
-- BERNAMA-ANADOLU