awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga RUU termasuk Akta 672 akan dibentang di Dewan Negara minggu depan

Bernama
Bernama
23/08/2025
14:45 MYT
Tiga RUU termasuk Akta 672 akan dibentang di Dewan Negara minggu depan
Aiman Athirah menanam pokok ketika hadir pada Majlis Karnival Komuniti MADANI di PPR Kota Bharu pada Sabtu. - Gambar Bernama
KOTA BHARU: Tiga rang undang-undang (RUU) (pindaan) di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang telah diluluskan di Dewan Rakyat baru-baru ini dijangka dibentangkan pada sidang Dewan Negara minggu depan.
Tiga RUU itu adalah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133), Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) serta Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Aiman Athirah Sabu berkata sekiranya akta berkenaan diluluskan semasa sesi persidangan Dewan Negara, ia akan diwartakan terlebih dahulu sebelum dijangka dikuatkuasakan pada 1 Jan 2026.
"Undang-undang ini adalah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai bahawa buang sampah walau yang kecil sekalipun boleh jadi satu kesalahan besar dan didenda RM2,000 hingga RM10,000.
"Pada masa sama mahkamah boleh arahkan perintah khidmat masyarakat kepada pesalah untuk melakukan khidmat masyarakat selama 12 jam," katanya selepas merasmikan Program Kemampanan Komuniti Bandar (PKKB): Karnival Komuniti MADANI di Program Perumahan Rakyat (PPR) Kota Bharu, di sini pada Sabtu.
Pada 22 Julai lepas, tiga RUU KPKT melibatkan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133), Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) serta Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) telah diluluskan pada sesi persidangan Dewan Rakyat.
Sebelum ini, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata pindaan tersebut bagi memperkasa rasa tanggungjawab sivik serta mendisiplinkan masyarakat dalam menjaga kebersihan awam yang merupakan salah satu aspek penting aspirasi MADANI.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rang Undang-Undang
#Dewan Negara
#kebersihan awam
#aspek penting
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan