awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga sahabat didakwa bunuh rakan sejenayah

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
22/01/2021
06:57 MYT
Tiga sahabat didakwa bunuh rakan sejenayah
Mengikut pertuduhan, tertuduh secara bersama-sama didakwa telah membunuh dengan menyebabkan kematian S. Kumar, 41. - Foto Astro AWANI
AIR KEROH:Tiga lelaki sebuah kumpulan menyamun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini, atas pertuduhan membunuh rakan sejenayah mereka pada awal bulan ini.
Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh, S.S Darsan, 42, K. Raja Segaran, 40, dan A. Sethu, 34, sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan majistret Lee Kim Keat.
Mengikut pertuduhan, tertuduh secara bersama-sama didakwa telah membunuh dengan menyebabkan kematian S. Kumar, 41.
Tindakan itu dilakukan tertuduh antara jam 5 sehingga 7 petang di sebuah rumah di Rumah Pangsa Batu Berendam, dalam daerah Melaka Tengah, pada 5 Januari lalu.
Bagi pertuduhan itu, kesemua mereka didakwa mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.
Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya, Intan Iyiana Zainal Abidin, manakala hanya Darsan yang diwakili peguam, Paul Krishnaraja.
Mahkamah kemudian menetapkan tarikh 11 Mac depan untuk serahan laporan kimia dan forensik.
Bunuh rakan | Tiga penjenayah ditahan di Melaka
Terdahulu, Astro AWANI pada 14 Januari lalu melaporkan tiga anggota geng samun dicekup pihak polis, selepas dipercayai membunuh rakan sejenayah susulan penemuan mayat seorang lelaki yang hampir reput dalam sebuah kereta di parkir Rumah Pangsa Batu Berendam, Melaka, 7 januari lalu.
Mayat mangsa ditemukan orang awam dalam keadaan tertiarap dan ditutup dengan kain putih di tempat duduk belakang sebuah kereta.
Mangsa disahkan meninggal dunia akibat ditikam di perut dan leher menggunakan senjata tajam.
Topic Berkaitan
#bunuh
#kereta
#samun
#Mahkamah Majistret
#meninggal dunia
#mayat
#mayat reput
#bunuh sahabat
#Air Keroh
#Melaka
#Batu Berendam
#rakan sejenayah
#didakwa bunuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan