awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Era baharu BlackBerry? Clicks Communicator hadir dengan papan kekunci fizikal
Blok Afrika Barat gesa hormati kedaulatan Venezuela susulan operasi ketenteraan AS
Johor tumpu usaha perkukuh komitmen jangka panjang ByteDance - Onn Hafiz
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga sekawan berdepan hukuman mati edar dadah lebih 4.7kg

Sinar Harian
Sinar Harian
15/10/2023
06:52 MYT
Tiga sekawan berdepan hukuman mati edar dadah lebih 4.7kg
Tiada pengakuan direkodkan daripada Chin Mai Xian, 40, Chan Yi Hup, 33, dan Shahinur, 41, di Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini. - Gambar/ Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Tiga sekawan dituduh di Mahkamah Majistret di sini pada Ahad kerana mengedar dadah seberat 4.7 kilogram (kg) di Taman Setia Tropika dekat sini pada awal bulan ini.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Chin Mai Xian, 40, Chan Yi Hup, 33, dan Shahinur, 41, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Hidayatul Syuhada Samsudin.
Mereka didakwa mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 4.7kg di alamat Nombor 19-02 Jalan Setia Tropika pada jam 2.30 pagi, 4 Oktober lalu. Mereka dituduh mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh di hukum bawah Seksyen 39B(2) akta sama dan dibaca bersama dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Jika sabit kesalahan mereka boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dihukum mati, boleh dihukum tidak kurang 12 sebatan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Aqilllah Ahmad Rofaie manakala Kai Xian dan Shaninur diwakili peguam Mohd Daud Ismail manakala Yi Hup tidak diwakili peguam.
Mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan ke atas tertuduh dan menetapkan 16 November ini untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan kimia.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan polis Johor menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah.
Modus operandi sindiket terbabit adalah dengan beroperasi dalam sebuah kedai tayar di Kempas, mereka menyembunyikan dadah jenis syabu dalam soket lampu LED sebelum menggunakan perkhidmatan kurier untuk menghantarnya ke pasaran luar negara.
Bagaimanapun sindiket terbabit tumpas selepas polis Johor melakukan dua operasi berasingan di kedai tersebut dan di sebuah premis dalam kawasan perindustrian di Senai, Kulai dari jam 5 petang Selesa sehingga 3 pagi Rabu lalu. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pengedar dadah
#kurier
#keputusan mahkamah
#Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan